Euforia Bola 2026
Famili

Dikritik Gayakan Anak Macam Dewasa & Guna Gelaran ‘Mini Wife’, Bapa Tunggal Beri Penjelasan

bapa tunggal

Seorang pempengaruh TikTok yang juga merupakan bapa tunggal tampil memberikan penjelasan selepas menerima pelbagai reaksi berhubung penampilan anak perempuannya yang dilihat tidak bersesuaian dengan usia.

Isu itu tercetus selepas sebuah video tular memaparkan kanak-kanak tersebut berpakaian seperti orang dewasa, lengkap dengan solekan dan kasut bertumit tinggi.

Baca juga: Tak Sangka! 7 Hobi Ini Rupanya Dilarang Dalam Islam, Kena Elak Jadikan Aktiviti Harian…

BAPA TUNGGAL GAYAKAN ANAK MACAM DEWASA TAMPIL JELASKAN

BAPA TUNGGAL

Menurutnya, gaya hidup anaknya, Rania, terbentuk secara semula jadi sejak kecil kerana sering menemani beliau menghadiri pelbagai majlis kerja dan sosial. Tambahnya lagi, Rania gemar bergaya dan berhias dan minat itu tidak pernah dipaksa.

“Untuk pengetahuan semua, saya seorang bapa tunggal yang membesarkan Rania seorang diri sejak usianya 8 bulan. Walaupun Rania masih mempunyai ibu, selepas perceraian saya mengambil sepenuhnya tanggungjawab menjaga kebajikan anak saya.

“Sekiranya ada yang tidak betul tentang jagaan saya, sudah tentu saya telah disabitkan kesalahan,” jelasnya.

Mengulas isu penggunaan istilah “mini wife” yang turut mengundang kritikan, dia menjelaskan bahawa ungkapan itu hanyalah sindiran balas terhadap segelintir pihak yang melabel anaknya dengan gelaran tersebut. Katanya, mereka sendiri tidak selesa dengan istilah itu.

“Berhubung istilah “mini wife”, a sebenarnya hanyalah ungkapan sarkastik yang saya gunakan untuk membalas segelintir pihak yang sering melabelkan Rania dengan gelaran itu. Secara jujur, kami sendiri tidak pernah selesa dengan panggilan tersebut,” katanya.

Mengenai penglibatan Rania dalam kempen-kempen di media sosial, Faris memberitahu bahawa semua projek dilakukan atas persetujuan bersama dan bayaran yang diterima dibahagikan sama rata, separuh untuk Rania dan selebihnya untuk kebajikan, termasuk menyokong program anak yatim.

“Segala kebaikan datang daripada Allah SWT, manakala setiap kekurangan dan kelemahan saya jadikan pengajaran untuk memperbaiki diri,” tambahnya.

Baca juga: Dari Pewaris Ke Pemimpin, Ini 10 Wanita Paling Kaya Di Malaysia & ‘Kuasai’ Dunia!

Sumber: Threads

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×