Seramai 5 remaja bawah umur bakal berdepan pertuduhan di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu pada Rabu ini berhubung insiden buli membabitkan pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, memaklumkan kesemua remaja terbabit berusia bawah 18 tahun dan akan dihadapkan ke mahkamah untuk proses pertuduhan.
Baca juga: KPM Lulus RM3 Juta Pasang CCTV Di Sekolah Berasrama, Tak Sangka Ramai Berikan Reaksi Ini!
“Seramai lima orang akan dituduh pada Rabu ini di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu, Sabah, kerana kesalahan berkaitan kes buli Allahyarham Zara Qairina.
“Mereka berusia di bawah 18 tahun,” katanya kepada Berita Harian, hari ini.
Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan rasmi mengesahkan pihaknya meneliti kertas siasatan polis dan membuat keputusan menuduh beberapa individu yang terbabit dalam kes buli itu berdasarkan keterangan yang ada.
AGC turut menjelaskan bahawa tindakan pendakwaan kes buli ini tidak menjejaskan prosiding inkues kematian Zara Qairina yang akan dijalankan di mahkamah.
Dalam masa sama, pihak polis masih meneruskan siasatan berkaitan punca kematian pelajar berkenaan, selari dengan prosiding inkues yang sedang berlangsung.
Baca juga: Meninggal Dunia Selepas 7 Hari Dirempuh Pemandu Mabuk, Darna Tinggalkan 5 Anak Masih Bersekolah!
Sumber: Berita Harian
FT Image: Buletin TV3

