Euforia Bola 2026
Sihat

Extra Joss BUKAN Untuk Kanak-Kanak, Ada Bahaya ‘Tersembunyi’ Boleh Buat Anak Ketagih!

air extra joss

Minuman tenaga dilihat semakin popular di pasaran, namun tidak semua golongan sesuai mengambilnya. Air Extra Joss, salah satu jenama minuman tenaga terkenal dalam kalangan orang dewasa, sebenarnya membawa risiko besar jika diambil oleh kanak-kanak.

Hal ini sangat merisaukan kerana, ada ibu bapa yang ‘bongkar’ bahawa jenis minuman ini turut dijual di kantin sekolah!

Baca juga: Anak Rafizi Diserang & Kena Cucuk Cecair, Ini 5 Langkah KECEMASAN Jika Anda Pun Pernah Tercucuk Jarum!

AIR EXTRA JOSS BUKAN UNTUK KANAK-KANAK, BOLEH BUAT ANAK KETAGIHAN

air extra joss

Foto hiasan.

Tubuh kanak-kanak terutamanya di bawah usia 12 tahun masih dalam proses pertumbuhan. Jantung mereka belum berkembang sepenuhnya, sistem saraf pula masih membina kekuatan. Namun bayangkan jika tubuh kecil ini dipaksa bekerja lebih laju hanya kerana satu sachet minuman tenaga? Akibatnya boleh berlaku gangguan degupan jantung, masalah tidur, dan tumpuan di sekolah yang terjejas.

Di sebalik bungkusan Extra Joss, amaran jelas tertera, “Tidak disyorkan untuk kanak-kanak, wanita hamil atau ibu menyusu, serta individu yang mempunyai tekanan darah tinggi,”. Ini bukan sekadar tulisan kecil pada label, tetapi pengakuan bahawa kandungannya mampu membawa mudarat.

Setiap sachet Extra Joss mengandungi kira-kira 50mg kafein, bersamaan tambahan gula dan pemanis tiruan. Kafein memang memberi tenaga segera, tetapi kesannya terhadap kanak-kanak sangat berisiko. Antara implikasi yang boleh berlaku termasuk:

– Degupan jantung tidak teratur

– Tekanan darah meningkat

– Gangguan tidur dan keresahan

– Masalah penghadaman seperti sakit perut

– Kerosakan gigi akibat gula berlebihan

– Risiko obesiti

– Ketagihan kafein sejak usia muda

Hakikatnya, kanak-kanak tidak memerlukan tenaga daripada serbuk segera. Mereka lebih memerlukan tidur yang mencukupi, pemakanan seimbang, dan pengambilan air kosong untuk kekal sihat dan cergas.

air extra joss

Foto hiasan AI.

Oleh itu, ibu bapa, guru, dan peniaga wajar lebih peka. Jangan sekali-kali memberikan atau menjual minuman tenaga seperti Extra Joss kepada kanak-kanak walaupun rasanya enak di tekak. Kesedaran dan tindakan bersama dapat melindungi generasi muda daripada risiko kesihatan yang serius.

Baca juga: “Rupanya Aku Autistik”- Wanita Kongsi Perjalanan Disahkan Autism Dewasa Yang Tak Nampak Pada Luaran

Sumber: Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×