Euforia Bola 2026
Famili

Meninggal Dunia Selepas 7 Hari Dirempuh Pemandu Mabuk, Darna Tinggalkan 5 Anak Masih Bersekolah!

kornea mata

“Sebagai memenuhi hasrat arwah, kami sekeluarga sepakat mengizinkan pihak hospital melakukan pembedahan bagi prosedur pendermaan kornea mata kakak,” kata Sanni Tajudin, 34, adik kepada Arwah Darna Tajudin, 41, yang meninggal dunia selepas tujuh hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tawau, jam 8.37 pagi Ahad.

Kepergiannya selepas dirempuh seorang pemandu dipercayai mabuk ketika sedang berjoging bersama rakan-rakannya pada 10 Ogos lalu telah meninggalkan lima orang anak yang masih bersekolah. Secara tak langsung, meninggalkan duka mendalam bagi keluarga yang kini terpaksa menyesuaikan diri tanpa seorang ibu penyayang.

Baca juga: “Tak Nak Jadi Macam Kakak Itu…” Cikgu Terkedu Murid Tahun 2 Tanya Sekolah Asrama Terbaik, Takut Abangnya Dibuli

ARWAH DARNA DERMA KOREA MATA

kornea mata

Tangkap layar dari video Akif Zikri

Menurut Sanni, arwah sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk menjadi penderma organ setelah mengetahui dia sendiri pernah berikrar.

“Cuma arwah belum sempat daftar. Saya selalu cakap, tunggu kalau ada kempen pendermaan organ nanti daftarlah. Tak sangka akhirnya hasrat itu jadi kenyataan walaupun dia sudah tiada.

“Selain itu, arwah juga seorang penderma darah tegar, sangat suka membantu orang lain,” katanya lagi.

Baca juga: Mahkamah Tolak Rayuan Akhir, Siti Bainun Kekal Dipenjara 12 Tahun Abai & Aniaya Bella!

Rakan karibnya, Suarni Sudirman, 36, masih teringat kata-kata arwah yang terasa seperti petanda sebelum kejadian.

“Arwah juga pernah tanya, ‘kalau dia meninggal dunia, adakah orang akan datang ziarah?’ Saya tegur jangan cakap sembarangan, tapi dia terus sebut, ‘mungkin dia akan pergi ketika berlari sebab itu minatnya’.

“Dia juga kata ‘tentu dia yang akan jalan dulu’. Saya tidak sangka kata-kata itu jadi kenyataan,” luahnya hiba.

Malah, Suarni turut berkongsi bagaimana arwah sempat berpesan agar mereka memakai baju putih dan merakam gambar serta video sebagai kenangan sebelum insiden tragis itu berlaku.

Timbalan Presiden Kelab Pelari Tawau (Tawau Runners), Sudirman Nanang, menyifatkan arwah seorang yang periang, aktif dalam acara larian, dan sentiasa menyokong setiap program kelab.

“Semalam (Sabtu) kami sempat mengadakan Jualan Amal dan berjaya mengutip RM9,335 bagi membantu meringankan beban keluarganya, namun tidak sangka pagi ini (semalam) kami menerima khabar duka bahawa arwah sudah pergi selamanya,” katanya.

Baca juga: Pelakon Wanita Hantar Injunksi Kepada Ibu Sendiri, Prosesnya Bukan Mudah & Ini Masyarakat Perlu Tahu!

Kesedihan juga dikongsi di media sosial oleh rakan arwah, Akif Zikri.

“Al-Fatihah Kak Darna Tajudin.

“Sebelum meninggal sempat dermakan kornea matanya. Penghormatan terakhir untuk seorang penderma organ. Ramainya yang sayang kau kak Darna. Ramai doakan kau kak.

“Cantik betul mukamu, macam kak tengah tidur. Bersih berseri. Keluargamu semua sangat-sangat kuat kak macam kau kuatnya. Anak-anakmu selepas ini mesti rindu kau.

“Syurga untuk mu kakak ku Darna Tajudin,” ujarnya di kapsyen video dimuat naik olehnya yang memaparkan jenazah arwah Darna dikelilingi orang ramai semasa ditolak keluar oleh petugas hospital untuk diberikan penghormatan terakhir.

Baca juga: Isteri Luah Suami Lemah Tenaga Batin, Tak Sampai 2 Saat Dah ‘Kiok’, Doktor Dedah Punca Sebenar

kornea mata

Gambar oleh Mingguan Wanita

Menurut siasatan awal pihak polis, kejadian berlaku apabila sebuah Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki disyaki mabuk melanggar bahagian belakang kereta Perodua Alza.

Kenderaan Hilux itu kemudian terbabas ke bahu jalan dan melanggar Darna yang ketika itu sedang berjoging bersama rakan-rakannya.

Akibat impak kemalangan, Darna mengalami kecederaan parah sehingga disahkan mati otak (brain death) sebelum akhirnya menghembuskan nafas terakhir.

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Baca juga: Mayat Bayi Lelaki Berlumuran Darah Ditemui, Ditanam Sedalam 10cm Di PPR Gua Musang!

Sumber: Harian Metro / Akif Zikri

FT Image: Akif Zikri / Ihsan Keluarga

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×