Euforia Bola 2026
Inspirasi

Hasrat Terakhir Juruukur Wanita Pertama Negara Tertunai, Derma Organ Selamatkan Sekurang-Kurangnya 5 Nyawa

juruukur wanita

Pengorbanan seorang tokoh wanita yang banyak berjasa kepada negara menjadi inspirasi apabila hasrat murninya untuk mendermakan organ berjaya ditunaikan selepas beliau disahkan mengalami kematian otak. Menerusi satu perkongsian Hospital Sungai Buloh, Allahyarhamah Puan Hajjah Normah binti Abdullah, juruukur wanita pertama negara, telah berikrar sebagai penderma organ ketika hayatnya.

Baca juga: Kahwin Demi Lesen Niaga? Kes Warga Asing Nikahi Wanita Tempatan Makin Serius Di Selangor

JURUUKUR WANITA PERTAMA NEGARA DERMA ORGAN

JURUUKUR WANITA

Selepas pemergiannya, hasrat tersebut disempurnakan oleh ahli keluarga, sekali gus memberi harapan baharu kepada sekurang-kurangnya lima pesakit yang memerlukan.

Menurut hospital berkenaan, Allahyarhamah sebelum ini telah berikrar sebagai penderma organ. Hasrat tersebut kemudiannya disempurnakan oleh ahli keluarga selepas beliau diisytiharkan mengalami kematian otak.

Pada 21 Jun 2026, proses pemerolehan organ dan tisu berjaya dilaksanakan hasil kerjasama pelbagai pihak yang terlibat.

Melalui sumbangan tersebut, organ dan tisu yang didermakan dijangka dapat menyelamatkan nyawa serta meningkatkan kualiti hidup sekurang-kurangnya lima orang pesakit yang memerlukan.

Hospital Sungai Buloh turut memaklumkan bahawa proses berkenaan mencatat satu lagi pencapaian penting menerusi kerjasama antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Usaha itu turut melibatkan Pasukan Pembedahan Hepatobiliari dari Universiti Malaya yang bersama-sama menjayakan prosedur pemerolehan organ berkenaan.

JURUUKUR WANITA

Dalam perkongsian sama, Hospital Sungai Buloh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli keluarga Allahyarhamah yang telah menghormati dan menunaikan hasrat murni tersebut.

Sumbangan organ dan tisu itu disifatkan sebagai satu kurniaan yang amat bernilai kerana mampu memberi peluang kedua kepada pesakit yang sedang menanti rawatan dan pemindahan organ.

Pihak hospital turut mendoakan agar segala amal kebajikan, jasa dan pengorbanan Allahyarhamah diterima serta dikurniakan ganjaran yang sebaik-baiknya di sisi Allah SWT.

Allahyarhamah Puan Hajjah Normah dilahirkan pada 12 Januari 1954 dan telah kembali ke rahmatullah pada 20 Jun 2026.

Perkongsian ini sekali lagi mengingatkan masyarakat bahawa satu keputusan untuk mendaftar sebagai penderma organ berpotensi memberi harapan dan kehidupan baharu kepada ramai individu yang memerlukan.

Baca juga: Ramai Anggap Panas Baran…Rupanya ‘Amaran’ Anda Alami Autisme Dewasa, Jangan Buat Tak Tahu!

Sumber: Facebook Hospital Sungai Buloh Selangor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×