Euforia Bola 2026
Sihat

Anak Rafizi Diserang & Kena Cucuk Cecair, Ini 5 Langkah KECEMASAN Jika Anda Pun Pernah Tercucuk Jarum!

anak rafizi

Kejadian yang mengejutkan berlaku di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya pada Selasa lalu apabila berlaku kes serang terhadap anak kepada bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli. Anak Rafizi Ramli didakwa diserang secara fizikal oleh individu tidak dikenali sekitar jam 1.45 petang.

Insiden itu berlaku ketika anak dan isterinya baru memasuki kereta untuk beredar dari lokasi tersebut. Tiba-tiba, anaknya ditarik dan dicucuk dengan jarum suntikan oleh suspek.

Baca juga: ‘Benih’ Budaya Bodek Bermula Di Sekolah? Rafizi Tegur Amalan Melampau Bagi Hadiah Untuk Guru

ANAK RAFIZI RAMLI DISERANG: DIPERCAYAI DICUCUK CECAIR ASING

anak rafizi

Foto: freepik

“Hasil semakan awal mendapati dua lelaki menaiki motosikal telah mengekori kereta isteri saya. Kedua-duanya berpakaian serba hitam, bertopi keledar penuh yang menutup muka, dan dipercayai telah menunggu sebelum bertindak pada masa sesuai. Sepanjang saya menjadi seorang ahli politik berprofil awam, inilah kali pertama keluarga saya menjadi sasaran serangan dan ugutan seperti ini,” katanya.

Walaupun siasatan pihak berkuasa masih dijalankan, insiden ini membangkitkan kebimbangan mengenai keselamatan awam serta risiko kesihatan jika seseorang dicucuk jarum atau terkena cecair yang berpotensi membawa penyakit berjangkit.

Apa yang Perlu Dilakukan Jika Dicucuk Jarum atau Terkena Cecair Berjangkit

anak rafizi

Foto: freepik

Bagi petugas kesihatan, pekerja berisiko, atau orang awam, kejadian tercucuk jarum atau terkena cecair yang mungkin mengandungi penyakit seperti HIV, Hepatitis B, atau Hepatitis C memerlukan tindakan pantas.

Jadi, apa yang anda perlu tahu kalau berdepan dengan situasi ini, masa adalah penentu. Langkah pertama boleh membezakan antara selamat atau terdedah kepada jangkitan.

1. Hentikan apa jua aktiviti serta-merta.

2. Basuh kawasan terdedah dengan air mengalir dan sabun sekurang-kurangnya 5 minit.

3. Jika terkena mata, bilas dengan air bersih atau larutan saline sekurang-kurangnya 15 minit.

4. Elakkan memicit luka terlalu kuat, biarkan sedikit darah keluar secara semula jadi.

5. Laporkan segera kepada pihak berkuasa atau penyelia (jika di tempat kerja).

Salah satu rawatan utama selepas pendedahan kepada risiko HIV ialah Post-Exposure Prophylaxis (PEP). Apa itu PEP?Ini merupakan kombinasi ubat antiretroviral untuk menghalang virus membiak dalam badan.

Bila perlu mula? Secepat mungkin — tidak melebihi 72 jam selepas pendedahan dan tempoh rawatan adalah  28 hari tanpa henti. Pemeriksaan berkala untuk kesan sampingan & memastikan keberkesanan.

Selain itu, pemeriksaan darah pada minggu ke-6, ke-12, dan ke-24 amat penting bagi mengesan sebarang jangkitan lewat.

*Kesimpulannya, insiden di Putrajaya ini adalah peringatan bahawa ancaman keselamatan dan risiko penyakit boleh berlaku di mana-mana dan kepada sesiapa sahaja. Kesedaran, tindakan pantas, dan rawatan pencegahan yang betul adalah kunci untuk mengurangkan risiko komplikasi kesihatan.

Baca juga: “Rupanya Aku Autistik”- Wanita Kongsi Perjalanan Disahkan Autism Dewasa Yang Tak Nampak Pada Luaran

Sumber: AWANI, Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×