Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli menyarankan agar institusi pendidikan memainkan peranan utama dalam menanam nilai integriti dan moral yang kukuh dalam kalangan pelajar sejak peringkat awal persekolahan. Hal ini kerana, makin ramai anak muda yang sudah pandai jadi kaki bodek!
Macam mana yang boleh dikatakan bahawa anak muda di sekolah sudah pandai membodek? Macam ini ceritanya…
Baca juga: Cikgu Dah Banyak Dapat Mug? Boleh Cuba Idea Hadiah Hari Guru Bajet INI Tapi ‘Touching’ Habis!
BAGI HADIAH DEKAT GURU DAH ‘TANAM’ AMALAN KAKI BODEK SEJAK MUDA

Foto: Sinar Harian
Rafizi Ramli menegaskan bahawa usaha membanteras rasuah tidak sepatutnya bergantung semata-mata kepada penguatkuasaan undang-undang atau kempen bersifat sementara yang kerap dilancarkan.
“Pendidikan adalah senjata paling berkesan untuk melawan budaya korupsi. Perubahan jangka panjang mesti bermula di bilik darjah,” ujarnya.
Rafizi turut mengkritik budaya yang menggalakkan murid-murid untuk menunjukkan rasa terima kasih kepada guru dan ibu bapa secara berlebihan termasuklah budaya memberi hadiah. Inilah yang menurutnya boleh menjadi ‘benih’ kepada budaya membodek sejak dari zaman sekolah.
“Saya lihat sendiri bagaimana murid diajar untuk ‘menghargai’ dengan cara yang boleh membuka ruang kepada budaya tidak sihat. Perkara ini bermula dari sekolah dan lama-kelamaan menjadi norma,” katanya.
Beliau juga mempersoalkan sistem pemilihan pemimpin pelajar seperti pengawas yang menurutnya terlalu diangkat sebagai simbol prestij, hingga memberi kuasa yang tidak seimbang kepada pelajar tertentu.
“Pada usia 16 tahun, terutama di sekolah berasrama penuh, seorang pengawas sudah memiliki kuasa luar biasa berbanding pelajar biasa. Itu boleh menanam fahaman bahawa kuasa adalah matlamat utama,” jelas beliau.
Rafizi turut mendedahkan bahawa walaupun pernah ditawarkan jawatan pengawas semasa zaman persekolahannya, beliau menolaknya kerana tidak melihat ia sebagai ukuran sebenar kejayaan.
“Saya lebih memilih untuk menonjol melalui pencapaian akademik dan sumbangan bermakna, bukan sekadar memegang jawatan bergaya,” tambahnya.

Foto hiasan.
Beliau menggesa agar sistem pendidikan direformasi secara menyeluruh agar nilai-nilai seperti integriti, kejujuran dan tanggungjawab dapat disemai sejak di bangku sekolah, bukan hanya dibicarakan selepas seseorang menjadi dewasa.
*Anda setuju atau hanya beri hadiah tanpa niat apa-apa?
Baca juga: 19 Aplikasi AI WAJIB Untuk Pelajar & Guru ‘Save’ Supaya Mudahkan Tugas, Jadi Lebih Kreatif!
Sumber: (Foto Mira Omar), Sinar Harian
