Euforia Bola 2026
Famili

“Tak Nak Jadi Macam Kakak Itu…” Cikgu Terkedu Murid Tahun 2 Tanya Sekolah Asrama Terbaik, Takut Abangnya Dibuli

sekolah asrama

Sekolah asrama sering dianggap sebagai pilihan terbaik untuk pendidikan berkualiti, namun kisah yang dikongsikan oleh seorang guru, Hazwani Mohd Dah di Facebook, membuka mata ramai bahawa kebimbangan terhadap isu buli turut dirasai oleh murid kecil.

Seorang murid tahun 2 tiba-tiba bertanya kepadanya, “cikgu boleh saya tahu, di mana sekolah asrama terbaik dekat Malaysia ini yang tiada buli-buli?” Soalan itu membuatkan beliau terkejut, apatah lagi melihat wajah si kecil itu yang sudah hampir berlinangan air mata.

Baca juga: Mahkamah Tolak Rayuan Akhir, Siti Bainun Kekal Dipenjara 12 Tahun Abai & Aniaya Bella!

MURID TAHUN 2 RISAU ABANGNYA DIBULI DI SEKOLAH ASRAMA

sekolah asrama

Gambar Facebook Hazwani Mohd Dah

Hazwani cuba bertanya punca soalan itu, lalu mendengar jawapan yang menyentuh hati.

“Iya cikgu. Saya takut abang saya kena buli. Saya sayang dia. Saya nak tahu sekolah yang tiada buli-buli. Saya tak nak abang saya jadi yang macam… kakak tu,” ujar muridnya.

Guru ini memahami bahawa murid tersebut merujuk kepada kes Zara Qairina yang menjadi perhatian ramai. Beliau tidak menyangka seorang murid tahun 2 boleh memahami dan merisaukan keselamatan abangnya yang bakal memasuki asrama.

Menurutnya, hal ini memberi mesej jelas bahawa persepsi terhadap sekolah berasrama kini ada yang menganggapnya tidak selamat.

Baca juga: Pelakon Wanita Hantar Injunksi Kepada Ibu Sendiri, Prosesnya Bukan Mudah & Ini Masyarakat Perlu Tahu!

Beliau menekankan bahawa penyelesaian utama kepada masalah buli adalah menanamkan rasa takut kepada Allah ‘ittaqullah’. “Takut kepada Allah, merasa bahawa Allah sentiasa melihat kita dan setiap daripadanya ada timbangan amal,” katanya.

Hazwani turut berpesan bahawa walaupun belajar di sekolah agama, jika tidak menghayati ajaran tersebut, ia tidak membawa erti.

Sebelum pulang, beliau sempat menemui abang murid itu dan berkata, “awak kena sayang adik awak ekstra tau. Dia sayang sangat dekat awak.”

Guru ini menutup perkongsiannya dengan rasa syukur dapat berinteraksi terus dengan anak-anak murid dan mendengar isi hati mereka, walaupun mengakui tugas seorang pendidik kini semakin mencabar.

Baca juga: Mayat Bayi Lelaki Berlumuran Darah Ditemui, Ditanam Sedalam 10cm Di PPR Gua Musang!

Sumber: Hazwani Mohd Dah

FT Image: Hazwani Mohd Dah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×