Proses penggalian semula jenazah pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, telah menjadi perhatian seluruh negara. Di mana, seorang pemandu van jenazah merangkap penggali kubur ketika proses ekshumasi itu telah mengesahkan perkara luar biasa yang terjadi.
Di mana, selepas 25 hari meninggal dunia, jenazah Zara dikeluarkan dari liang lahad dalam keadaan masih elok, sesuatu yang cukup mengejutkan dirinya.
Baca juga: Kronologi Terperinci Penggalian Semula Kubur Arwah Zara Qairina Selama 3 Hari Ini!
PEMANDU VAN JENAZAH SAHKAN JASAD ZARA QAIRINA MASIH UTUH

Allahyarham Zara Qairina
Menurutnya, sejak dari awal jenazah diangkat dari liang, jelas terlihat betapa ALLAH memelihara jasadnya masih utuh biarpun sudah tiga minggu dikebumikan.
Proses penggalian yang dimulakan selepas menerima taklimat turut disertai arahan supaya mengutip bahagian tubuh jenazah tanpa mengira keadaan atau rupanya.
“Contohnya, kain jika sudah terbuka atau melekat ke tanah. Paling tidak, kain dengan isi akan bercantum dengan tanah. Cecair dari badan akan keluar, ini dari segi sains dan secara logiknya.
“Namun apabila dikeluarkan (jenazah Zara), ia masih satu set (kain yang membalut tubuh arwah bersama jasad arwah). Saya sudah menangis, ALLAH. Tapi cerita yang baik,” kongsinya.
Baca juga: Waris Dedah Kronologi Penuh Pemergian Tragik Arwah Zara Qairina & Tuntut Siasatan Telus

Gambar Fadzli Ramli (BERNAMA)
Hantaran berkenaan menerima pelbagai reaksi warga maya yang rata-rata terharu dan menginsafi diri.
“Jangankan tiga minggu, kalau dua tiga hari sudah pasti jenazah sudah berubah. Inikan pula yang sudah lebih 20 hari masih utuh. Kuasa ALLAH yang Maha Besar.
“Reaksi orang di kubur pun tiada yang tutup hidung bermaksud jenazahnya tidak berbau dan dakwaan jenazah masih utuh tu saya yakin benar. Tiada yang mustahil apabila ALLAH berkehendak.
“Kamu anak yang baik, betapa ALLAH memuliakan kamu. Syurga tempatmu Zara. Kami semua mendoakan semoga keadilan berpihak kepadamu,” begitulah reaksi mereka di hantaran video TikTok yang tular itu.
Terdahulu, proses menggali kubur Zara mengambil masa hampir dua jam, dipercayai bermula sekitar jam 5.30 petang dan selesai pada jam 7.15 malam, Sabtu lalu.
Jenazah dibawa keluar dari kawasan tanah perkuburan menggunakan trak polis sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk dibedah siasat dari jam 11 pagi hingga 7 malam Ahad.
@areamalina Dari awal jenazah arwah zara dikeluarkan dr liang kita dengar pasal betapa ALLAH menjaga jenazah arwah zara, ALHAMDULLILAH yang ini dengar sendiri dari pemandu van jenazah arwah zara.ini baru satu keajaiban yang ALLAH tunjuk, Yang saya mahu share disini betapa ALLAH menjaga arwah zara dan dengan kuasa ALLAH jugaklah segala persoalan kita semua akan terjawab nanti Semoga kita semua mati dalam keadaan yang ALLAH reda…. Alhamdullilah post-mortem dan perjalanan pulang arwah zara ke sepitang serta pengebumian semula arwah semalam berjalan lancar. Perjuangan menuntut keadilan buat arwah zara kita akan teruskan. #justiceforzara #fyp #foryou #foryoupage #areamiphone #2025
Baca juga: Tular Pelajar Cemerlang Tingkatan 1 Maut Terjatuh Bangunan Asrama & Timbul Dakwaan Arwah Dibuli!
Sumber: TikTok
FT Image: Gambar Fadzli Ramli (BERNAMA) / TikTok
