Euforia Bola 2026
Nur

Hukum Kubur Digali Semula Untuk Bedah Siasat: Perlukah Ulang Mandi, Kafan & Solat Jenazah?

gali kubur

Terbaharu, keputusan Peguam Negara mengarah proses gali semula kubur Allahyarhamah Zara Qairina bagi tujuan bedah siasat telah menimbulkan persoalan di kalangan masyarakat. Adakah selepas gali kubur, jenazah perlu dimandi, dikafan dan disolatkan semula sebelum dikebumikan kembali?

Ini jawapan dan panduan untuk semua…

Baca juga: Nampak Remeh Tapi Rupanya ‘Port’ Lepak Syaitan, Ini Sebab Elak Duduk Bawah Teduh & Matahari Serentak

GALI KUBUR ZARA QAIRINA : INI APA ANDA PERLU TAHU DALAM ISLAM

gali kubur

Foto: Buletin TV3

Dalam Islam, pengurusan jenazah melibatkan tiga perkara asas yang merupakan fardhu kifayah:

1. Mandi jenazah – Berdasarkan hadis Nabi SAW:

“Mandikanlah saudara kamu ini..”- (Riwayat al-Bukhari, no. 1253 & Muslim, no. 939)

2. Kafan – Sekurang-kurangnya sehelai kain yang menutup seluruh tubuh.

3. Solat jenazah – Berdasarkan perintah dan amalan Nabi SAW terhadap jenazah.

Apabila ketiga-tiga perkara ini telah sempurna dilaksanakan, maka gugurlah tuntutan kifayah daripada umat Islam yang lain.

Isu Selepas Bedah Siasat

Bedah siasat (autopsi) biasanya melibatkan:

  • Membuka semula kain kafan.
  • Membuat belahan pada tubuh (thorax, abdomen atau kepala).
  • Mengeluarkan organ atau isi perut untuk pemeriksaan.
  • Menjahit semula tubuh jenazah.

Proses ini menyebabkan tubuh terdedah dan kesan mandi asal mungkin hilang, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada perlu diulang semula pengurusan jenazah.

Pandangan Mazhab Syafi‘i, jika jenazah terkena najis selepas dimandi, hanya bahagian tersebut dibersihkan. Namun, jika pembedahan besar sehingga hilang maksud mandi asal, disunatkan atau diwajibkan ulang mandi penuh (Rujukan: al-Majmu‘, 5/175–176)

Pandangan fuqaha lain pula, jika jasad dibuka besar dan terdedah, mandi penuh diulang demi menjaga kehormatan jenazah.
(Rujukan: al-Mughni, Ibn Qudamah, 2/329)

Hadis Nabi SAW menjadi asas penjagaan kehormatan jenazah:

“Memecahkan tulang orang mati sama seperti memecahkannya ketika hidup.” (Riwayat Abu Dawud, no. 3207)

Hukum Mengulang Solat Jenazah

gali kubur

Foto: Arwah Zara Qairina

Jumhur ulama (Syafi‘i, Maliki, Hanbali) mengatakan bahawa tidak wajib ulang solat jenazah jika telah sempurna dilakukan. Pengecualian hanya berlaku jika ada anggota baru yang belum disolatkan sebelum ini, seperti tangan atau kaki yang ditemui kemudian.

Ringkasan hukum mandi jenazah:

Luka kecil: Cukup bersihkan bahagian tersebut.

Pembedahan besar: Sunat atau wajib mandi penuh semula.

Kafan : Wajib ganti atau tambah kain kafan jika koyak atau aurat terdedah.

Solat Jenazah : Tidak perlu diulang, kecuali jika ada anggota baru ditemui.

Cadangannya adalah, selepas bedah siasat, lakukan mandi semula mengikut tahap pembedahan. Kafankan semula jika kain asal rosak dan tidak perlu ulang solat melainkan kes pengecualian.

Prinsip ini bukan sahaja menjaga tuntutan syariat, tetapi juga memelihara kehormatan jenazah agar proses forensik tidak mengurangkan penghormatan terakhir terhadap si mati.

*Semoga Allah mengurniakan keadilan buat Allahyarhamah Zara Qairina dan memberi kekuatan kepada keluarganya menghadapi ujian ini. Kubur Zara Qairina selesai digali, bedah siasat dijalankan 9 pagi esok (10 Ogos).

Baca juga: Nak Masuk MRSM, SBP & Sekolah Kluster Kena ‘Reject’ Sebab T20? Kena Tahu Beza 3 Sekolah Ini

Sumber: Muhammad Rafieuddin Zainal Rashid, Dr.Rozaimi Ramle

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×