Menerusi media sosial milik seorang pegawai perubatan dari Jabatan Kecemasan dan Trauma menyeru orang ramai agar segera melakukan saringan kesihatan kendiri berikutan peningkatan kes strok dan pendarahan otak dalam kalangan individu muda di Malaysia.
Baca juga: Cara Hilangkan Karang Gigi Guna Buah Lemon, Jangan Biarkan ‘Membukit’ Dalam Mulut!
KES STROK INDIVIDU MUDA MAKIN MENINGKAT, RUPANYA SEBAB INI

Menurut perkongsian daripada pegawai bertugas itu, semakin banyak kes kritikal melibatkan pesakit berusia 30 hingga 40-an yang mengalami komplikasi seperti pendarahan dalam kepala akibat tekanan darah tinggi yang tidak terkawal.
“Diminta kepada semua rakyat Malaysia untuk lakukan saringan kesihatan kendiri masing masing. Ini kerana kebelakangan ini saya perhati trend stroke dan pendarahan dalam kepala dalam kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat walaupun umur masih muda.
“Ini pesakit semalam, baru umur 41 tahun. Sudah disahkan pendarahan di dalam kepala akibat darah tinggi yang tidak terkawal. Kalau dulu kes macam ini biasanya orang tua sahaja. Jaga kesihatan masing masing ye semua,” tulisnya.
Fenomena ini dianggap membimbangkan kerana golongan muda sepatutnya berada pada tahap kesihatan optimum, namun kini semakin ramai yang terkesan akibat gaya hidup tidak sihat dan kegagalan mengurus tekanan darah dengan baik.
Bagi anda yang ada tekanan darah lebih atau atas pagar (high normal) (≥130 -139 and/or 85-89 mmHg):
- Kurangkan garam
- Diet sihat (DASH diet, low salt diet)
- Bersenam 150 minit/minggu
- Turunkan berat badan (5-10% in 6month)
- Berhenti merokok, vape dan alkohol
Hipertensi atau tekanan darah tinggi turut digelar “pembunuh senyap” kerana boleh menyebabkan komplikasi serius seperti strok, serangan jantung, kegagalan buah pinggang dan pendarahan otak jika tidak dirawat dengan betul.
Lakukan pemeriksaan kesihatan berkala dan ubah gaya hidup anda sebelum terlambat!
Baca juga: Darah Tinggi Boleh Jadi ‘Silent Killer’, Sebelum Jadi Mangsa Cegah Guna Coklat Ini!
Sumber: Threads
