Euforia Bola 2026
Famili

Trend Ganjil Hisap Puting Dewasa Jadi Fenomena Orang Muda! Jadi Cara ‘Healing’ Baharu?

hisap puting

Fenomena aneh tetapi semakin mendapat tempat dalam kalangan anak muda di China kini mencetuskan tanda tanya ramai. Fenomena itu adalah mereka hisap puting bayi versi dewasa sebagai pilihan untuk mengurangkan tekanan, keresahan dan gangguan tidur!

Ya, bukan main-main. Tapi, macam mana semuanya boleh bermula dan adakah ini selamat?

Baca juga: Bapa Terkejut Tengok CCTV Anak Dikasari, Kena ‘Heret Macam Lembu’ Oleh Pembantu Rumah!

TREND HISAP PUTING VERSI DEWASA UNTUK KURANGKAN STRES?

hisap puting

Puting khas untuk orang dewasa ini dilaporkan laris terjual di platform e-dagang, dengan harga antara 10 hingga 500 yuan (sekitar RM6 hingga RM294), bergantung kepada reka bentuk dan bahan yang digunakan. Dikenali sebagai ‘alat bantu tekanan’, produk ini mencetuskan perdebatan hangat di media sosial China.

Menurut pakar psikologi tempatan, fenomena ini boleh dikaitkan dengan konsep ‘regresi’, iaitu kecenderungan individu dewasa untuk bertindak seperti kanak-kanak apabila menghadapi tekanan emosi atau cabaran hidup yang berat. Dalam kes ini, puting bayi menjadi simbol rasa tenang dan selamat iaitu sesuatu yang sering dikaitkan dengan fasa awal kehidupan.

“Saat-saat awal kehidupan memberi memori rasa selamat, dan puting itu melambangkan ketenangan yang dicari,” jelas seorang pakar psikologi.

Bagi segelintir pengguna, menggigit atau menghisap puting tersebut ketika bekerja atau sebelum tidur dikatakan memberi kelegaan iaitu membantu mereka tidur lena, berasa lebih rileks dan kurang tekanan.

BOLEH GANGGU SENDI RAHANG, SUKARKAN PROSES MENGUNYAH

hisap puting

Foto hiasan.

Namun, di sebalik ‘kelegaan emosi’ yang diperoleh, pakar kesihatan memberi peringatan serius. Dr Tang Caomin, pakar pergigian dari Universiti Sichuan menegaskan, struktur mulut orang dewasa tidak sesuai untuk penggunaan puting seperti ini secara berterusan.

“Ia boleh mengganggu sendi rahang (TMJ), menyebabkan rasa sakit, bunyi klik semasa membuka mulut dan menyukarkan proses mengunyah,” ujarnya.

Malah, penggunaan bahan yang tidak serasi juga berisiko menyebabkan kerosakan pada mukosa mulut, ulser, dan gangguan pernafasan ketika tidur dan dalam kes tertentu, boleh menyebabkan lemas.

Walaupun kedengaran pelik, trend ini hanyalah satu daripada pelbagai cara luar biasa yang digunakan oleh generasi moden untuk mengurus tekanan hidup. Sebelum ini, kita pernah mendengar tentang kaedah seperti berpeluk dengan lembu, menjerit dalam kotak tertutup, atau menyewa orang untuk memukul mereka, semua ini sebagai bentuk terapi alternatif untuk lepaskan emosi.

Trend ‘hisap puting dewasa’ ini mungkin antara yang paling pelik, tetapi ia mencerminkan satu perkara penting, betapa tertekannya belia hari ini dalam berdepan realiti hidup yang mencabar. Dalam usaha mencari ketenangan, sesetengah mereka sanggup mencuba apa sahaja  termasuk kembali ke ‘comfort zone’ zaman bayi.

Baca juga: Bayi 1 Tahun 7 Bulan Maut Digigit Anjing Liar, Ditemui Mak Ayah 20 Meter Dari Rumah!

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×