“Basuh rambut anak masa demam? Nanti lambat baik!” Itulah antara pesanan yang sering didengar setiap kali anak jatuh sakit.
Sama ada daripada makcik, nenek, atau grup WhatsApp keluarga. Amaran itu seolah-olah sudah jadi peraturan tidak rasmi bila anak demam.
LARANGAN BASUH RAMBUT ANAK MASA DEMAM
Bahaya atau mitos saja?
Masalahnya, kepala anak makin berminyak, berpeluh-peluh dan mula berbau ‘hancing’. Ibu pun jadi serba salah.
Nak basuh ke tidak? Risau kalau dimarahi orang, tapi kesian pula tengok anak tak selesa.
Petua vs Sains: Mana satu nak ikut?
Menurut Pakar Pediatrik dan Kesihatan Kanak-Kanak, Dr Nisa Khalil, tiada bukti saintifik yang menyatakan bahawa membasuh rambut semasa demam boleh memudaratkan anak.
Apa yang penting ialah cara kita melakukannya.
“Gunakan air suam, jangan terlalu sejuk atau panas. Pastikan masa mandi tidak terlalu lama dan rambut dikeringkan sepenuhnya selepas itu,” jelas Dr Nisa.
Anak yang bersih lebih mudah berehat, tidur lebih lena dan kurang risiko mengalami ruam atau kulit kepala yang gatal.
Baca juga: Patutlah Haid ‘Sangkut’ & Tak Berjaya TTC, Antara 9 Malam Hingga 1 Pagi Ini Waktu Ideal Patut Tidur!
Jadi, boleh ke basuh?
Jawapannya: Boleh! Asalkan ibu bapa peka dengan keadaan anak.
- Jika anak sedang menggigil atau demam terlalu tinggi, cukup sekadar lap badan dahulu.
- Bila suhu badan sedikit stabil, barulah boleh teruskan dengan mandi dan membasuh rambut.
“Jangan takut sangat nak basuh rambut anak masa demam. Yang penting, kita tahu keadaan anak dan buat dengan cara yang betul,” tambahnya.
Basuh rambut anak semasa demam bukan satu pantang larang yang wajib dielak. Bersih itu sebahagian daripada rawatan. Ibu lebih tenang, anak pun lebih selesa.
Tak salah mendengar petua orang lama, tapi jangan sampai memudaratkan keselesaan anak. Basuh rambut = anak gembira, tidur pun lebih nyenyak.
Baca juga: Elak Sapu Bedak Talkum Di Kemaluan Bayi, Nampak Tak Bahaya Tapi Risiko Tumbuh Sel Kanser Ovari!
Sumber: Threads @dr.nisa.khalil
FT Image: AI

