Seorang pekerja kedai serbaneka meluahkan rasa kecewa di platform Threads selepas berdepan satu insiden yang dianggap menjijikkan. Dalam perkongsiannya, dia mendakwa seorang kanak-kanak lelaki secara terbuka membuang air kecil di dalam premis tempat dia bekerja, sambil diperhatikan oleh ibu dan beberapa ahli keluarga lain.
Baca juga: Netizen Bengang 3 Remaja Beri Nasi Tulang Ayam Kepada Gelandangan, Walau Sekadar Eksperimen Sosial
BUDAK BUANG AIR KECIL DALAM KEDAI SERBANEKA

“Hari ini saya rasa sangat tak puas hati. Anda semua, itu (rakaman video) adalah air kencing dari salah seorang anak pelanggan saya.
“Saya rasa mungkin anda semua akan cakap dia terkencing tapi kali ini dah tak boleh (cakap) macam itu,” luah Fahim Nazmi.
Menurutnya lagi, kanak-kanak itu dilihat membuka seluar dan membuang air kecil secara sengaja di hadapan keluarganya tanpa sebarang teguran atau halangan daripada mereka.
“Budak itu buka seluar dan kencing di hadapan ibunya dan beberapa orang sepupunya saya rasa. Dia minta maaf dan beri saya RM8 untuk cuci semula kencing itu,” jelasnya lanjut.
Lebih mengejutkan, ibunya hanya menghulurkan RM8 sebagai pampasan untuk membersihkan lantai. Dalam video yang dikongsi, kelihatan jelas takungan air dipercayai air kencing di lantai kedai.
Perkongsian tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya yang rata-ratanya kecewa dan marah dengan sikap ibu bapa kanak-kanak terbabit.
“Jangan ambil duit itu, tapi minta dia bersihkan lantai. Kalau dia tak boleh buat macam itu, minta dia bayar sekurang-kurangnya RM50 untuk tukang cuci buat.
“RM8 itu satu penghinaan! Mak dan anak kurang ajar. Memalukan,” tulis pengguna media sosial.
Sumber: Threads
