Nampaknya permohonan SBP 2026 telah dibuka! Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan antara institusi pendidikan elit di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), seiring dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).
Bagi murid yang berminat menyambung pelajaran ke Tingkatan 1 atau Tingkatan 4 di SBP bagi sesi 2026, anda sudah boleh mohon bermula hari ini (1 Ogos) hingga 7 September 2025.
Baca juga: Ini Senarai Ranking Sekolah Yang ‘Top’ SPM 2024 Untuk SBP & MRSM, Tahniah Buat Semua!
PERMOHONAN SBP 2026 DIBUKA UNTUK MASUK TINGKATAN 1 & 4, INI APA ANDA PERLU TAHU

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) untuk permohonan SBP ini ialah ujian standard berpusat yang menjadi pintu masuk ke sekolah-sekolah khusus bagi pelajar Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia. Sekolah-sekolah yang terlibat dalam pentaksiran ini termasuk:
– SBP
– SMKA
– SMT
– KV
– MTD
– MRSM
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan berikut:
Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my
Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my
Bagi murid dari sekolah swasta, permohonan ke MRSM boleh dibuat melalui pautan: https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm
Untuk memohon kemasukan ke SBP sesi 2026, berikut ialah syarat-syarat utama:
- Warganegara Malaysia
- Berdaftar dalam Modul Pengurusan Murid KPM (APDM/MOEIS)
- Pelajar sekolah swasta yang tidak tersenarai dalam sistem KPM boleh memohon kemasukan ke MRSM melalui UKKM (Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM)
- Umur calon: Tahun 6 (12 tahun) untuk kemasukan ke Tingkatan 1, Tingkatan 3 (15 tahun) untuk kemasukan ke Tingkatan 4
Garis Masa Penting Permohonan & Ujian PKSK SBP 2026

Berikut ialah jadual penting yang perlu diberi perhatian:
- Permohonan PKSK: 1 Ogos – 7 September 2025
- Semakan Pusat Ujian: 12 September – 17 Oktober 2025
- Ujian PKSK: 7 Oktober – 17 Oktober 2025
- Semakan Tawaran Kemasukan: Disember 2025
Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan SBP 2025 bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4, sila berhubung dengan pegawai yang bertugas seperti berikut:
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BLOK 2251, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR.
Tel: 03-83217400
Emel: [email protected]
*Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada institusi pendidikan unggul negara. Pastikan anda bersedia dan mohon awal sebelum tarikh tutup!
Baca juga: Nak Masuk MRSM, SBP & Sekolah Kluster Kena ‘Reject’ Sebab T20? Kena Tahu Beza 3 Sekolah Ini
