Detik ajaib berlaku apabila voice note Siti Nurhaliza menjadi pencetus respon pertama seorang lelaki Malaysia yang koma selama lima hari selepas diserang sakit jantung secara tiba-tiba di Bondi Beach, Sydney, Australia.
Dalam satu temu bual yang dikongsikan di media sosial, Aimi Nasruddin menceritakan semula detik cemas yang menimpa dirinya. Kejadian berlaku ketika dia dan tiga orang rakan sedang bersiar-siar di pantai popular itu.
Baca juga: Suhu Cuaca Panas Mencecah 37°C, METMalaysia Umum 14 Kawasan Dalam Tahap Berjaga-Jaga!
VOICE NOTE SITI NURHALIZA SEDARKAN LELAKI DARI KOMA

Instagram @aimimiloma
“Saya tiba-tiba jatuh. Mujur seorang doktor yang sedang berjogging di situ terus beri bantuan CPR,” jelasnya.
Aimi kemudiannya dikejarkan ke St Vincent’s Hospital untuk rawatan lanjut.
Sepanjang tempoh kritikal itu, Aimi tidak menunjukkan sebarang tindak balas dan hanya bergantung kepada mesin bantuan pernafasan. Disebabkan kekangan keluarga yang tidak dapat hadir ke Australia, rakan-rakannya bergilir-gilir menjaga dan menemaninya di hospital.
Namun, semuanya berubah selepas satu perkara luar biasa berlaku.
Mesej suara Dato’ Sri Siti Nurhaliza cetus tindak balas
Selepas lima hari tidak sedarkan diri, tubuh Aimi akhirnya memberi tindak balas. Di mana, detik itu dikaitkan dengan kiriman mesej suara (voice note) daripada penyanyi kesayangannya, Biduanita Negara Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Dalam satu hantaran di Instagram, Aimi berkongsi:
“Betul-betul semasa 20 hari lepas, ayah saya punya usaha cuba mencari kawan-kawan saya yang boleh mendapatkan voice note daripada TokTi, dengan harapan saya dapat memberikan respon yang positif sebab masa ni saya memang tak sedar langsung.”
Ajaibnya, sejurus mendengar mesej suara itu, tangannya memberikan respon.
Kata-kata Biduanita Negara sarat doa & harapan
Antara intipati mesej TokTi yang menyentuh hati itu ialah:
“Assalamualaikum Aimi, Aimi dengarkan suara ni, ni kak Siti ni, kak Siti nak Aimi jangan sedih, kena kuatkan semangat, ingat Allah, selawat banyak-banyak dalam hati.
“Kak Siti doakan Aimi cepat sembuh, Allah angkat segala sakit Aimi, insyaAllah ada rezeki kita jumpa, Aimi be strong okay, Allah ada bersama Aimi jangan risau.”
Kata-kata tersebut bukan sahaja menjadi pemangkin semangat buat Aimi, malah turut menyentuh ramai hati warga maya yang mengikuti perkongsian kisahnya.
Setelah beberapa minggu menjalani rawatan intensif, Aimi memaklumkan bahawa dia kini telah kembali ke tanah air dan sedang menjalani fasa pemulihan secara berperingkat.
Baca juga: Bayi Kepada Ibu Syahid Ain Farhana Sudah Usia 13 Hari, Namun Alami Jaundis! Mohon Doa Semua
Sumber: Instagram @aimimiloma
FT Image: Instagram @ctdk / Instagram @aimimiloma
