Seorang lelaki dikenali sebagai @TuanAmin meruntun emosi warganet apabila memuat naik video menyayat hati di TikTok, memaparkan dirinya mencium jenazah dua bayi perempuan kembar yang merupakan anak sulungnya selepas 11 tahun menanti zuriat.
Dalam video yang tular itu, kelihatan dia mendukung erat kedua-dua bayinya menuju ke tanah perkuburan, ditemani isteri tersayang dan ahli keluarga terdekat.
Baca juga: “Makanan & Saiz Badan Tak Kena Usia”- Jurulatih Tegur Bapa Abang Aji, Konten Obesiti Dah Melampau
BAYI PEREMPUAN KEMBAR PERGI BUAT SELAMANYA, 11 TAHUN MENANTI ZURIAT…

Setiap langkah penuh pilu, manakala tangisan yang kedengaran seolah-olah menggambarkan kesedihan yang tak mampu digambarkan dengan kata-kata.
“Alhamdulillah. Dua puteri kembarku kembali ke rahmatullah. Terima kasih Allah atas pinjaman yang terindah buat kami. Moga berjumpa di syurga nanti,” luahnya dalam kapsyen yang menyentuh jiwa.
Menurut perkongsian tersebut, pasangan ini telah mengharungi penantian selama lebih satu dekad untuk menimang cahaya mata. Namun, kebahagiaan itu tidak berpanjangan apabila kedua-dua puteri mereka pergi menghadap Ilahi tidak lama selepas dilahirkan.
Meskipun diuji dengan kehilangan yang begitu besar, mereka tetap reda dan menerima ketentuan Ilahi dengan penuh keimanan.
“Doakan kami dan semua ibu bapa yang masih berusaha mendapatkan zuriat (TTC),” tulisnya lagi dengan penuh harapan.
Warganet Menangis Sama, Hulur Doa & Kata Semangat

Perkongsian itu telah mencetuskan gelombang simpati dalam kalangan pengguna TikTok. Ribuan komen membanjiri ruangan video tersebut, dengan ramai yang berkongsi doa dan kata-kata semangat agar pasangan ini terus kuat menghadapi ujian berat ini.
Antara komen yang menyentuh hati termasuk:
“Salam takziah. Moga Allah kurniakan lagi rezeki zuriat. Jangan pernah berhenti berharap…”
“Baby rainbow sedang menanti insya-Allah… tetap tabah ya…”
“Tuan orang hebat. Semoga ganjaran besar menanti di syurga kelak….”
@tuan_amin Alhamdulillah. 2 puteri kembarku kembali ke rahmatullah. Terima kasih Allah atas pinjaman buat diriku dan isteriku yang terindah ini. Moga berjumpa di Syurga nanti anak anak #ttc #Wildan #anaksyurga #fyp ♬ original sound – Tuan Amin
Salam takziah diucapkan….
Baca lagi: Budak 5 Tahun Alami Kerosakan Otak & Halusinasi Lepas ‘Overdose’ 10 Biji Gula-Gula Ganja
Sumber: Tiktok @tuan_amin
