Euforia Bola 2026
Didik

Jerebu Masih Belum Reda, Ibu Bapa DIBENARKAN Untuk Tidak Hantar Anak Ke Sekolah

jerebu selangor

Ibu bapa di Selangor yang bimbang kesihatan anak akibat jerebu kini dibenarkan untuk tidak menghantar anak ke sekolah, kata EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar negeri, Jamaliah Jamaluddin. Hal ini kerana tahap jerebu Selangor masih lagi berada di tahap merisaukan bagi beberapa kawasan.

Namun begitu, mereka perlu memaklumkan ketidakhadiran kepada pihak sekolah bagi mengelak kekeliruan.

Baca lagi: Contoh Surat Anak Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah Supaya Tak ‘Dicop’ Ponteng!

JEREBU SELANGOR: MAK AYAH BOLEH PILIH TAK HANTAR ANAK KE SEKOLAH

jerebu selangor

Foto: Harian Metro

Menurut laporan Indeks Pencemaran Udara pada minggu lepas, negeri Selangor masih lagi melaporkan tahap pencemaran merisaukan, malah taburan hujan juga kurang.

“Pengetua dan Guru Besar diminta sentiasa peka dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melalui laman rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS) supaya tindakan segera boleh diambil,” kata EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar dalam satu kenyataan.

Tambahnya lagi, surat rasmi berkenaan prosedur menangani jerebu juga telah diedarkan ke semua sekolah di Selangor. Langkah-langkah ini akan diaktifkan sekiranya bacaan IPU melebihi paras tidak sihat, iaitu lebih 100.

Tiada Kes Penyakit Berkaitan Jerebu Setakat Ini

jerebu selangor

Foto hiasan.

Setakat hari ini, tiada kes penyakit akibat jerebu direkodkan di Selangor. Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) turut mengesahkan tiada insiden strok haba dilaporkan.

Jamaliah berkata, pihak JKNS akan terus memantau rapi situasi kesihatan berkaitan jerebu agar sebarang risiko dapat ditangani awal. Berikut merupakan bacaan IPU di empat kawasan utama di Selangor mencatatkan penurunan IPU yang ketara:

  • Petaling Jaya: 83
  • Klang: 80
  • Banting: 81
  • Johan Setia: 88 (sebelum ini mencecah 150)

Namun, Kuala Selangor mencatat bacaan 126 dan merupakan satu-satunya kawasan masih dalam kategori tidak sihat. Shah Alam pula berada dalam zon sederhana dengan bacaan 90.

Bagi menangani risiko jerebu dan pembakaran terbuka, JAS Selangor telah mengaktifkan Pelan Tindakan Pencegahan Pembakaran Terbuka. Surat arahan telah dikeluarkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pemilik ladang supaya memperketatkan kawalan dan elak pembakaran.

“Rondaan di kawasan berisiko tinggi telah dimulakan, termasuk pelaksanaan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) di hotspot yang dikenal pasti,” tambah Jamaliah.

*Jadi, berhati-hati apabila beriadah di luar ya!

Baca juga: Nak Anak Masuk MRSM 2026 Pastikan Letak Sebagai Pilihan Pertama, Ini Cara Baru Permohonan Diproses

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×