Terbaharu, dari enam dan kini sudah sembilan kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU (Indeks Pencemaran Udara) pada tahap tidak sihat setakat jam 2.30 petang tadi.
Ini menurut semakan menerusi laman Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS). Sangat merisaukan!
Baca juga: Senarai 20 Hospital Paling Dipercayai & TERBAIK Di Malaysia 2025, Nombor 4 Ramai ‘Approved’!
SEKOLAH, TADIKA TUTUP SERTA MERTA JIKA BACAAN IPU CECAH 200

FOTO Fathil Asri (Berita Harian)
Menurut laporan, kawasan dengan bacaan IPU tertinggi adalah seperti berikut:
1. Alor Gajah, Melaka – 159
2. Nilai, Negeri Sembilan – 158
3. Kemaman, Terenggani – 157
4. Mentakab, Pahang – 156
5. Banting, Selangor – 155
6. Cheras, Selangor – 152
7. Johan Setia, Selangor – 152
8. Putrajaya – 123
9. Bukit Rambai, Melaka – 103
Selain itu, tiga kawasan mencatatkan kualiti udara pada tahap baik, manakala 56 kawasan lain mencatatkan tahap sederhana. JAS memaklumkan bahawa pemantauan kualiti udara akan terus dilakukan dari semasa ke semasa melalui Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK).
Tindakan akan diambil secara bersepadu bersama agensi-agensi berkaitan apabila bacaan IPU melepasi paras tertentu. Antara tindakan yang ditetapkan termasuk:
1. Jawatankuasa Pengurusan Bencana oleh NADMA akan diaktifkan di peringkat daerah, negeri, dan pusat jika bacaan IPU melebihi 150 melebihi 24 jam.
2. Semua aktiviti luar bilik darjah akan dihentikan apabila bacaan IPU melebihi 100.
3. Sekolah, tadika dan taska akan ditutup serta-merta jika bacaan IPU melebihi 200.
4. Semua institusi pendidikan perlu sentiasa memantau bacaan IPU.
5. Sekiranya trend IPU menunjukkan peningkatan ke arah 200, persediaan awal untuk penutupan perlu dilaksanakan.
6. Operasi Pembenihan Awan (OPA) akan dijalankan jika bacaan IPU melebihi 150 bagi tempoh melebihi 24 jam, tertakluk kepada kehadiran awan dan keadaan cuaca yang sesuai.
JAS menegaskan bahawa pihaknya bersama Kementerian serta agensi-agensi berkaitan akan sentiasa bertindak cepat dan responsif mengikut garis panduan dalam PTJK bagi menangani situasi jerebu dengan berkesan.

Foto: Sinar Harian
*Jadi buat orang ramai yang sering berada di kawasan luar yang terdedah dengan udara, pastikan anda pakai pelitup muka (facemask)!
Baca juga: 30 Tahun Masak Setiap Hari, Wanita Tak Sangka Asap Dapur Sendiri Punca Paru-Paru ‘Sakit’ Kronik!
Sumber: Berita Harian, Jabatan Alam Sekitar
