Euforia Bola 2026
Famili

Kereta Tenggelam Depan Mata, Pelajar UNIMAS Nekad Terjun Selamatkan Remaja Autistik!

remaja OKU

Tindakan berani seorang pelajar selamatkan remaja OKU yang lemas di Tasik UNIMAS nyata mendapat pujian ramai.

Dalam kejadian cemas pada Isnin lalu, pelajar jurusan Kerja Sosial dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Ahmad Nur Irfan Amiruddin, 22, bertindak pantas terjun ke dalam tasik demi menyelamatkan seorang remaja perempuan yang sedang berusaha keluar dari sebuah kereta yang hampir tenggelam.

Baca juga: Bayi Kepada Ibu Syahid Ain Farhana Sudah Usia 13 Hari, Namun Alami Jaundis! Mohon Doa Semua

PELAJAR UNIMAS SELAMATKAN REMAJA OKU DI TENGAH TASIK

remaja OKU

Menurut Irfan, ketika kejadian berlaku sekitar jam 10.30 pagi, dia bersama dua rakannya sedang mencari ‘checkpoint’ untuk program universiti sebelum terlihat sebuah kereta berwarna biru berada di tengah tasik.

“Kami terlihat ada sebuah kereta di tengah-tengah tasik. Kawan-kawan saya hubungi Polis Bantuan, dan saya pula terus bertindak sebab nampak ada budak keluar dari kereta tu. Saya terus pergi ke budah tersebut dan tarik dia ke darat.

“Perasaan saya waktu itu bercampur-baur… takut, cemas dan risau terutamanya tentang keselamatan mereka,” katanya.

Baca juga: Nyaris Maut Leher Dililit Tali Layang-Layang, Penunggang Motosikal Kongsi Detik Cemas Di MRR2

Pihak UNIMAS dalam satu perkongsian rasmi memaklumkan bahawa Irfan merupakan Pegawai Kadet Kor SISPA dan telah menjalani latihan sebagai first responder di bawah Pusat Kawalan Operasi UNIMAS (PKOT).

Latihan yang diterimanya sebelum ini ternyata membantu dalam mengawal emosi dan bertindak secara efektif dalam situasi yang genting.

“Hari ini, Ahmad Nur Irfan bin Amiruddin menjadi seorang wira apabila berjaya menyelamatkan salah seorang mangsa kemalangan yang berlaku di tasik UNIMAS.

“UNIMAS mengucapkan ribuan terima kasih kepada Irfan dan semua orang awam yang terlibat dalam operasi menyelamat pagi tadi,” tulis UNIMAS dalam kenyataan.

Remaja OKU selamat, ibu meninggal dunia

remaja OKU

Gambar JBPM

Tragedi tersebut bagaimanapun meragut satu nyawa.

Remaja perempuan berusia 17 tahun yang berjaya diselamatkan merupakan OKU autistik, manakala ibunya yang pemandu kereta Perodua Axia telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kejadian menyayat hati ini mengundang simpati ramai, namun keberanian Irfan tetap menjadi titik terang yang wajar diangkat sebagai inspirasi.

Baca juga: Risau Ramai Islam Terjebak Trend “S-Line” Simbol Pengalaman Seksual, Seakan Bangga Dedah Aib!

Sumber: Lobak Merah / Muhammad Azhan / Sinar Harian / UNIMAS

FT Image: Muhammad Azhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×