Terbaharu, seorang pegawai MARA memaklumkan bahawa permohonan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) hanya akan diproses sekiranya pemohon meletakkan program MRSM sebagai PILIHAN PERTAMA dalam borang permohonan.
Namun begitu, terdapat pengecualian sekiranya ketiga-tiga pilihan (Pilihan 1, 2 dan 3) yang disenaraikan adalah MRSM, dalam kes ini, permohonan tetap akan diproses walaupun MRSM bukan di kedudukan pertama. Berikut penjelasan lanjut…
Baca juga: Nak Anak Masuk MRSM 2026? Ini Persediaan UKKM Ibu Bapa & Calon Kena Buat Dari Sekarang!
PILIH PROGRAM MRSM SEBAGAI ‘PLIHAN PERTAMA’ KALAU BETUL-BETUL NAK MASUK!

Sebaliknya, jika Pilihan 1 ialah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan MRSM diletakkan pada Pilihan 2 atau 3, maka permohonan ke MRSM tersebut tidak akan diproses.
Maklumat Program MRSM:
1. Program Premier STEM – Excellence:
Ditawarkan kepada pelajar Tingkatan 3. Dalam program ini, pelajar akan mula belajar subjek Tingkatan 4 dan 5 lebih awal sebagai persediaan akademik yang lebih intensif.
2. Program Bitara (Tingkatan 1) di MRSM Pengkalan Chepa:
Program ini dikhususkan untuk pelajar cemerlang. Mereka yang terpilih akan mengikuti pengajian di MRSM tersebut dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
SENARAI PROGRAM MRSM TINGKATAN 1
1. Program Premier (29 MRSM)
Melaka: MRSM Terendak
Johor: MRSM Muar, MRSM Mersing, MRSM Tun Dr Ismail
Pahang: MRSM Tun Ghazali Shafie, MRSM Kuantan
Perak: MRSM Gerik, MRSM Pengkalan Hulu, MRSM Sultan Azlan Shah, MRSM Felda Trolak, MRSM Pasir Salak
Pulau Pinang: MRSM Balik Pulau
Kedah: MRSM Baling, MRSM Merbok, MRSM PDRM Kulim
Kelantan: MRSM Pasir Tumboh
Perlis: MRSM Arau
Kuala Lumpur: MRSM Kuala Kubu Bharu
Terengganu: MRSM Jeli, MRSM Kuala Krai, MRSM Tumpat
Selangor: MRSM Kuala Selangor, MRSM Kuala Berang, MRSM Dungun
Sabah: MRSM Kota Kinabalu, MRSM Tun Mustapha Tawau, MRSM Ranau
Sarawak: MRSM Kuching, MRSM Betong, MRSM Mukah
2. Program Premier STEM-Excellence (10 MRSM)
Negeri Sembilan: MRSM Serting
Johor: MRSM Batu Pahat
Pahang: MRSM Tun Abdul Razak
Perak: MRSM Sultan Azlan Shah
Kelantan: MRSM Pasir Tumboh
Selangor: MRSM Sungai Besar
Terengganu: MRSM Besut
Sabah: MRSM Bintulu
Sarawak: MRSM Bintulu
Kedah: MRSM Langkawi
3. Program Bitara (1 MRSM)
Kelantan: MRSM Pengkalan Chepa
4. Program Ulul Albab (8 MRSM)
Selangor: MRSM Sungai Besar
Negeri Sembilan: MRSM Gemencheh
Pahang: MRSM ATM Bera
Perak: MRSM Bagan Datuk, MRSM Felda Trolak
Pulau Pinang: MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi, Kepala Batas
Terengganu: MRSM Kota Putra
Sabah: MRSM Semporna
5. Program IGCSE (9 MRSM)
Selangor: MRSM Kuala Kubu Bharu
Melaka: MRSM Alor Gajah
Negeri Sembilan: MRSM Kuala Klawang
Johor: MRSM Johor Bahru
Pahang: MRSM Tun Abdul Razak
Perak: MRSM Parit
Kedah: MRSM Langkawi
Sabah: MRSM Kota Kinabalu
Sarawak: MRSM Kuching
6. Program Teknikal (2 MRSM)
Pahang: MRSM Bentong
Pulau Pinang: MRSM Transkrian
Penyelarasan Pengambilan MRSM & SBP Bermula 2026

Foto: Group Facebook
Mulai tahun 2026, permohonan ke MRSM dan SBP akan disatukan melalui satu sistem permohonan tunggal, dan setiap pelajar hanya akan menerima satu tawaran penempatan sahaja.
Tujuan Penyelarasan:
- Elak pertindihan tawaran antara MRSM & SBP
- Pastikan tempat hanya diberikan kepada pelajar yang benar-benar layak
- Bantu pelajar B40, terutama dari luar bandar dan miskin bandar
Ciri Penting Sistem Baru:
- Guna Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) seperti sebelum ini
- Sistem permohonan akan diselaraskan secara dalam talian
- Pelajar sekolah swasta boleh mohon melalui MyMRSM
Inisiatif ini hasil kerjasama MARA dan KPM untuk membina sistem pendidikan berasrama penuh yang lebih adil, inklusif dan mampan.
Baca juga: Ini Senarai Ranking Sekolah Yang ‘Top’ SPM 2024 Untuk SBP & MRSM, Tahniah Buat Semua!
Sumber: Abdul Muiez, Malaysia Gazette
