Euforia Bola 2026
Nur

Mufti Kata Haram Batalkan Solat Disebabkan Anak Menangis, Ini Penjelasannya!

solat fardu

Dalam kehidupan seorang ibu bapa, menjaga anak kecil seringkali menguji ketenangan, apatah lagi ketika sedang menunaikan solat fardu. Ada ketikanya, si kecil menangis teresak-esak hingga timbul kebimbangan dalam hati seperti adakah perlu membatalkan solat demi memastikan keselamatan anak?

Soalan ini pernah diajukan kepada pihak Mufti dan berikut ialah penjelasan berdasarkan fatwa dan hadis sahih.

Baca juga: Jemaah Lelaki Boleh Ke Tanggal Kain Ihram & Pakai Tuala Untuk Buang Air? Mutawif Beri Jawapan

HUKUM BATALKAN SOLAT FARDU KERANA ANAK MENANGIS

solat fardu

Gambar AI

“Saya ingin bertanya tentang hukum membatalkan solat fardu disebabkan kadang-kadang apabila tengah solat anak menangis tiba-tiba dan terkadang itu tangisannya sangat teresak-esak.

“Jadi saya bimbang apa-apa terjadi padanya maka saya pun membatalkan solat saya. Mohon penjelasan daripada pihak Mufti. Terima kasih.”

Melalui penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk pertanyaan di atas, haram membatalkan solat fardu kerana anak menangis selagi mana tidak sampai ke tahap yang membimbangkan tentang keselamatan si anak.

Jalan terbaik ialah penjaga anak tersebut meringan dan mempercepatkan solat dengan melakukan perbuatan rukun-rukun dalam solat sahaja tanpa melakukan perkara-perkara sunat dalam solat.

Namun, boleh membatalkan solat fardu sekiranya tangisan tersebut seolah-olah anak itu berada dalam bahaya.

Baca juga: Apa Terjadi Selepas Jenazah Ditimbus? Inilah Malam Pertama Di Alam Barzakh Yang Ramai Tak Tahu

Hal ini kerana, dalam Islam membatalkan sesuatu amalan dengan sengaja tanpa sebab-sebab yang dibolehkan syarak adalah dilarang dan hal ini merupakan perkara yang disepakati oleh fuqaha.

Oleh itu, seseorang yang sedang mendirikan solat fardu, tidak boleh membatalkan solatnya melainkan jika terdapat keuzuran yang dibenarkan oleh syarak.

Ini berdasarkan firman Allah SWT:

“Wahai orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah, dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu!” Surah Muhammad (33)

Antara keuzuran yang dibenarkan syarak itu ialah seperti membunuh kala jengking, ular, menyelamatkan diri daripada bahaya atau apa sahaja yang boleh memberikan mudarat kepada diri orang yang sedang menunaikan solat.

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

“Bunuhlah dua binatang hitam ketika solat iaitu ular dan kala jengking.” Riwayat Abu Daud

Berdasarkan kepada hadis diriwayatkan oleh Abu Qatadah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Ketika aku sedang solat, aku ingin memanjangkan solat. Lalu aku mendengar tangisan seorang kanak-kanak hingga menyebabkan aku memendekkan solatku kerana bimbang akan menyusahkan ibu kepada kanak-kanak tersebut.” Riwayat Abu Daud

Baca juga: Hati-Hati Wanita Yang Gemar Istinjak Berdiri, Sebab Tak Sangka Boleh Jejas Solat!

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

FT Image: AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×