Euforia Bola 2026
Famili

“Dia Pilih Nyawa Anak…” – Ibu Muda Meninggal Selepas Bersalin, Detik Terakhir Suami Cium Jenazah Runtun Hati

meninggal selepas bersalin

Belum sempat mendakap apatah lagi menyusukan bayi yang baru dilahirkan, seorang ibu muda, Ain Farhana Mohd Fadzli, dijemput Ilahi sejurus melahirkan anak keduanya. Kisah ibu muda meninggal selepas bersalin ini ternyata mendapat perhatian dalam kalangan wargamaya yang sama-sama menitiskan air mata melihat perkongsian video.

Di saat dirinya baru melahirkan zuriat sebagai penyeri rumah tangga, kini suaminya terpaksa menelan sebuah takdir yang jauh lebih pahit.

Baca juga: Janin Cukup Sifat DIBUANG Di Tandas Stesen Minyak, Video Tular Dedah Si Ibu Sempat Beli Tuala Wanita

ISTERI MENINGGAL SELEPAS BERSALIN, SUAMI REDHA DALAM AIR MATA…

meninggal selepas bersalin

Foto: Mr Wan Chai

Tular dalam laman media sosial semalam berita mengenai arwah Ain Farhana yang baru berusia 27, dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi serius di bahagian kepala sebaik selesai melahirkan bayi. Pemergian mengejut itu meruntun hati ramai, terutamanya si suami yang setia di sisi hingga ke akhir hayatnya.

Menerusi video yang tular di media sosial dikongsi oleh @mr_wan_cai_official, kelihatan suami arwah menyampaikan doa penuh emosi di sisi jenazah isterinya, lantas menyentuh hati netizen yang menonton.

Rakaman juga memperlihatkan detik-detik terakhir pengurusan jenazah Ain, dengan suasana pilu penuh tangisan dan redha daripada ahli keluarga serta suaminya yang sempat memberikan kucupan terakhir buat isteri tercinta.

“Ya Allah, dia adalah ibu dan isteri yang terbaik. Dia pilih nyawa anaknya berbanding dirinya sendiri,” luah si suami dalam nada penuh sebak.

Kisah menyayat hati ini turut mengundang air mata netizen dan ramai meninggalkan komen menyentuh hati melihat ibu muda itu pergi sebelum sempat menatap wajah zuriat yang dikandung selama sembilan bulan. Malah, video memaparkan suami arwah membaca doa semasa proses pengebumian jenazah juga membuatkan orang ramai turut sama mengalirkan air mata.

“Doa Ikhlas Buatmu, Wahai Isteriku yang Tercinta…Ikhlas aku titipkanmu pada Allah saat kau pergi di pelukan keabadian dengan darah perjuangan, kau hadiahkan kehidupan anak kedua kita lahir, sementara engkau kembali pada Pencipta-Mu…”

Ucapan takziah membanjiri ruangan komen mendoakan agar roh arwah Ain Farhana dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

” Terima kasih untuk semuanya,, Abang halalkan semua makan minum, dunia akhirat. Terima kasih kerana bertarung demi zuriat yang sekarang… “ mungkin ini yang dibisikkan oleh suami di telinga jenazah isteri bak kata netizen.

*Al-Fatihah.

Baca juga: “Makin Dekat Due, Makin Teruk” – Wanita Diuji Dengan Masalah Kulit Ketika Hamil, 90% Wajah Bertukar!

Sumber: Mr Wan Chai Official

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×