Trend sambutan hari jadi anak di sekolah sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan ibu bapa moden kini. Menerusi perkongsian di media sosial, ramai yang teruja berkongsi momen kegembiraan anak-anak mereka bersama rakan sekelas.
Namun, di sebalik trend yang kelihatan positif ini, muncul pula kontroversi yang mendapat perhatian ramai, termasuk daripada golongan guru sendiri yang merasa terbeban dengan permintaan ibu bapa tersebut.
CIKGU MERENTAN SAMBUTAN HARI JADI MURID DI SEKOLAH
Baru-baru ini, tular satu hantaran oleh seorang guru yang menyuarakan rasa kurang senangnya apabila ada ibu bapa meminta izin untuk menghantar kek dan doorgift bagi meraikan ulang tahun anak mereka di sekolah.
Guru tersebut menyatakan bahawa tindakan itu sebenarnya menambah beban tugas yang tidak sepatutnya diletakkan ke atas bahu guru.
“Nombor satu, no such thing as (tiada istilah) sambut birthday anak di sekolah.
“Kalau setakat bagi goodies, masih boleh diterima. Tapi siap kek, nak kena potong kemudian bagi murid makan dan lain-lain. Bayangkanlah nak urus 35 orang makan, macam mana?
“Dah tentu sekurang-kurangnya 15 minit terbazir hanya untuk sambutan kecil ini,” tulisnya.
Apa yang lebih mengejutkan, guru itu turut diminta mengambil kek dari pondok pengawal sekolah, sesuatu yang dianggapnya di luar skop kerja pendidik.
“Ini bukan skop tugas kami sebagai perancang parti. Cukuplah dengan program bukan-bukan dekat sekolah tu. Saya nak mengajar je, tolonglah… tak nak sambut apa-apa dah,” tulisnya lagi.
Baca juga: “Itu Sudah Kira Gila!” Datuk Seri Saifuddin Dedah Bayi 3 Bulan Dirog*l & Video Rakaman Dijual!
Walau niat guru itu mungkin untuk mempertahankan masa pengajaran dan tugasan hakikinya, perkongsiannya di media sosial mengundang pelbagai reaksi.
Ramai warga maya mengecam tindakan guru berkenaan yang dianggap tidak profesional kerana memuat naik perbualan peribadi bersama ibu murid tanpa izin.
“Point cikgu tu valid, tapi tak patut up perbualan peribadi ke media sosial. Jaga etika kerja. Kalau dah banyak kali berlaku, rujuk pada pihak pentadbir.”
Namun, ada juga pihak yang menyokong guru tersebut. Mereka bersetuju bahawa sambutan hari jadi tidak sesuai dilakukan dalam waktu persekolahan kerana boleh mengganggu jadual pembelajaran dan waktu rehat guru.
“Ini bukan tadika, yang memang ada waktu khas untuk makan atau bermain. Sekolah ada jadual ketat, semua kena patuhi,” tegas seorang lagi pelayar.
Baca juga: Pinggang Kerengga Bukan Lagi Tubuh Wanita Ideal Terkini, Saintis Dedah Bentuk ‘Curvy’ Lebih Menawan!
Dalam pada itu, ada juga warga maya yang mempertahankan sambutan ringkas ini sebagai sesuatu yang positif dan membina emosi anak-anak.
“Some people want to share their happiness, that is all cikgu. 15 minutes celebration of life does not impact a lifetime education. Spread love, not hate,” ujar warga maya yang juga bergelar guru dan ibu.
Adakah sambutan ulang tahun anak di sekolah sesuatu yang wajar, atau sebenarnya membebankan guru dan mengganggu kelangsungan pendidikan? Mungkin berbeza mengikut situasi dan pendekatan setiap sekolah.
Apa yang pasti, ia menuntut komunikasi yang matang dan saling memahami antara ibu bapa dan pendidik, agar kedua-dua pihak tidak merasa terbeban dan anak-anak tetap mendapat pendidikan serta kenangan yang positif.
Baca juga: Angkara Ibu ‘Gelap Mata’, Anak Kesal RM800K Wang Hibah Lebur Begitu Saja Dalam Setahun!
Sumber: Threads
FT Image: AI

