Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Patutlah Cik Abang Kerap Minta, Rupanya Sperma Boleh ‘Expired’ Kalau Tak Buang, Pesan Suami 6 Tips Ini…

sperma lelaki

Dalam usaha mendapatkan zuriat, ramai yang fokus kepada kesuburan wanita, namun masalah sperma lelaki juga memainkan peranan besar dalam kejayaan kehamilan.

Kajian sains terkini menunjukkan bahawa sperma bukan sekadar “benih hidup“, malah ia boleh mengalami kemerosotan kualiti jika tidak dijaga dengan betul.

Baca juga: Nampak Biasa Tapi Air Barli Ini ‘Power’ Untuk Buah Pinggang, Patutlah Nenek Kita Amalkan!

SPERMA LELAKI

sperma lelaki

Gambar Freepik

Menurut perkongsian Public Health Malaysia (PHM), ramai lelaki tidak sedar bahawa sperma juga ada ‘tarikh luput’.

Sperma yang terlalu lama tidak dikeluarkan boleh mengalami kerosakan DNA (DNA fragmentation) akibat terdedah kepada suhu badan yang panas dan radikal bebas.

Ini bukan isu kecil, kerana ia boleh menyebabkan kesukaran untuk isteri hamil, kegagalan perkembangan embrio dan juga keguguran awal.

Baca juga: Kini Rahsia Tun M Dah Terbongkar, Kajian Saintifik Buktikan Tonton Video Kucing Beri Kesan Positif!

Tips tingkatkan kualiti sperma lelaki

PHM menyarankan beberapa langkah gaya hidup sihat untuk membantu lelaki mengekalkan kualiti dan kesuburan sperma:

  • Elakkan seluar dalam ketat – Suhu testis yang tinggi merosakkan sperma.
  • Jangan letak laptop atas peha – Haba dari peranti boleh menjejaskan penghasilan sperma.
  • Jangan ‘simpan’ terlalu lama – Idealnya ejakulasi setiap 2–4 hari untuk kekalkan sperma segar.
  • Tinggalkan rokok & vape – Bahan kimia toksik menjejaskan kesuburan.
  • Kekal aktif & kurangkan stres – Senaman bantu hormon dan aliran darah.
  • Jangan duduk terlalu lama – Bangun dan regangkan badan setiap sejam.

Selain itu, PHM turut menegaskan bahawa tips di atas ditujukan khas kepada golongan lelaki yang berada di dalam hubungan suami isteri yang sah.

“Tips ini bukan untuk suka-suka. Ia ditujukan khas kepada lelaki yang sedang berusaha mendapatkan zuriat bersama pasangan. Bukan melalu perbuatan salah tapi melalui hubungan suami isteri yang sah,” jelas PHM.

Kenapa perlu ambil serius?

Kualiti sperma tidak hanya mempengaruhi kehamilan, malah berperanan dalam kesihatan genetik anak.

Dalam perkahwinan yang sah, usaha untuk mendapatkan zuriat adalah sesuatu yang murni dan ia bermula dengan menjaga tubuh badan.

Kesuburan lelaki bukan sekadar soal “kuat di ranjang”, tetapi tentang gaya hidup yang sihat, konsisten dan berilmu.

Baca juga: Bahaya Chemsex – Guna Dadah Untuk Kepuasan Sek*, Ramai Terjebak Berisiko Terkena HIV

Sumber: Public Health Malaysia (PHM)

FT Image: Freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×