Euforia Bola 2026
40 Minggu

“Itu Sudah Kira Gila!” Datuk Seri Saifuddin Dedah Bayi 3 Bulan Dirog*l & Video Rakaman Dijual!

kes kejam

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan wujud satu kes kejam yang sukar digambarkan kepada pemberita, baru-baru ini. Di mana, seorang bayi berusia tiga bulan didapati telah dirogol dan dirakam sebelum rakaman itu dijual.

Berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Rabu, beliau menyifatkan kes berkenaan adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

Baca juga: Angkara Ibu ‘Gelap Mata’, Anak Kesal RM800K Wang Hibah Lebur Begitu Saja Dalam Setahun!

KES KEJAM BAYI 3 BULAN DIROGOL, DIRAKAM & DIJUAL VIDEO

kes kejam

Gambar NSTP: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

“Saya diberi taklimat (oleh polis baru-baru ini) pada jam 12.30 tengah malam, kalau sudah waktu itu, maknanya seriuslah.

“Sekarang ini dah berlaku satu keadaan yang teruk, tak terjangkau dek akal. Bayi umur tiga bulan kena rogol, divideokan dan (rakaman) dijual video itu.

“Itu sudah kira gila, ya dah gilalah, tak terbayang oleh kita,” katanya tanpa mendedahkan sama ada kes itu berlaku dalam negara atau sebaliknya.

Saifuddin berkata, pihaknya kini sedang merancang untuk memperkasakan D11 Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah.

Bagaimanapun, pada sidang media selepas majlis berkenaan, ketika diminta mengulas lanjut mengenai kes terbabit, Saifuddin enggan memberi butiran.

Baca juga: Suami Lupa Dah ‘Drive’ 300KM Baru Tersedar, Alahai…Isterinya Tertinggal Di Stesen Minyak!

Sementara itu, Saifuddin menegaskan, Malaysia tidak akan membenarkan mana-mana pihak menjadikan negara ini sebagai platform merekrut atau mengutip dana bagi aktiviti keganasan.

Mengulas mengenai kejayaan polis menumpaskan Gerakan Militan Radikal Bangladesh baru-baru ini, beliau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi jika ada aktiviti terbabit dikesan di negara ini biarpun sasaran kumpulan itu untuk menjatuhkan kerajaan negara asal mereka.

“Kejayaan ini menunjukkan bahawa tahap perisikan kita berada pada tahap yang terbaik.

“Kerana itu kita dapat menanganinya dan kita tidak akan sama sekali berkompromi dalam isu terkait dengan keganasan seumpama ini,” katanya.

Baca juga: Jijik & Tak Ada Sivik! Pengunjung Terkejut Dinding Tandas Awam Bau Hanyir, Dicemari Darah Period

Sumber: Berita Harian

FT Image: Freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×