Euforia Bola 2026
Nur

Apa Terjadi Selepas Jenazah Ditimbus? Inilah Malam Pertama Di Alam Barzakh Yang Ramai Tak Tahu

alam barzakh

Alam barzakh bukanlah sekadar istilah yang disebut dalam ceramah agama, ia adalah satu realiti yang pasti akan dilalui oleh setiap manusia selepas kematian. Di sebalik ketenangan tanah perkuburan yang kita lihat dari luar, tersimpan sebuah alam lain yang penuh misteri, pengadilan dan ketetapan hakiki dari Tuhan.

Malam pertama di alam barzakh bukanlah malam yang biasa. Ia menjadi titik mula sama ada seseorang itu menerima nikmat atau azab, berdasarkan amalannya semasa hidup. Mari fahami perkongsian dari Bahagian Dakwah, Jakim berkenaan malam pertama di alam barzakh.

Baca juga: Hati-Hati Wanita Yang Gemar Istinjak Berdiri, Sebab Tak Sangka Boleh Jejas Solat!

MALAM PERTAMA DI ALAM BARZAKH, APA JADI SEBENARNYA?

alam barzakh

Selalu tengok tanah perkuburan nampak tenang, tak ada bunyi, tak ada orang. Tapi pernah tak terfikir, apa yang jadi bila jenazah baru ditanam dan semua orang dah balik?

Senyap bukan bermakna tak ada apa-apa. Di sebalik diamnya tanah, bermulalah satu alam baru yang sangat menegangkan iaitu alam barzakh.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, “Kubur itu sama ada taman dari taman-taman syurga, atau lubang dari lubang-lubang neraka.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Maksudnya? Dekat bawah tanah, ada dua kemungkinan iaitu dapat nikmat atau azab.

Bayangkan…Nabi Muhammad SAW insan paling mulia, sudah pasti masuk syurga tapi baginda tetap berdoa minta dilindungi daripada azab kubur.

Kalau Nabi pun takut, kita ini yang penuh dosa dan lalai macam mana? Jadi, apa berlaku malam pertama itu?

Malam pertama di alam kubur bukan macam malam pertama kahwin. Tak romantik tak tenang, tapi mencekam dan sunyi. Dan inilah antara perkara yang bakal berlaku:

Baca juga: Sukar Tidur, Malas & Emosional Tanpa Sebab? Ini Tanda-Tanda Penyakit Ain Yang Ramai Terlepas Pandang

1. Disoal Malaikat

Sebaik jenazah ditanam dan semua orang balik, dua malaikat iaitu Munkar dan Nakir akan datang. Mereka tanya beberapa soalan “standard”:

  • Siapa Tuhan kamu?
  • Apa agama kamu?
  • Siapa lelaki ini? (merujuk kepada Nabi Muhammad SAW)

Kalau dia seorang Mukmin, jawapannya adalah “Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba Allah dan Rasulnya.”

Masa itu boleh tengok tempat duduk Mukmin itu dari neraka telah ditukar kepada syurga.

Tapi kalau si mati itu munafik atau kafir, dia akan jawab “Aku tak tahu. Aku hanya kata di dunia dulu macam orang ramai kata.”

Dikatakan kepadanya “Engkau tidak tahu dan engkau tidak mahu ambil tahu.”

Kemudian dia dipukul dengan pemukul daripada besi. Menjeritlah dia sampai dapat didengari oleh semua makhluk kecuali jin dan manusia.

2. Himpitan kubur

Tak kira siapa pun kita, kubur akan menghimpit. Tak boleh elak.

Nabi SAW bersabda, “Jika ada orang yang akan selamat daripada himpitan kubur, nescaya Sa’ad bin Mu’az lah orangnya.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Sa’ad ini sahabat Nabi yang hebat, sampai 70,000 malaikat turun iringi jenazah dia, tapi masih kena himpit.

Bezanya, orang beriman akan rasa himpitan manja, macam PELUKAN ibu. Tapi yang banyak dosa, himpitannya boleh REMUK tulang.

3. Teman di alam kubur

Kita takkan bersendirian sepenuhnya, akan ada “peneman” ikut masuk kubur.

Kalau kita banyak amal soleh, akan datang satu makhluk yang rupa dia cantik, wangi, menenangkan. Dia akan temankan kita sampai kiamat.

Tapi kalau amal penuh noda, datanglah “peneman” yang busuk, hodoh dan menakutkan. Makhluk itu sebenarnya jelmaan amalan kita sendiri.

4. Diperlihatkan tempat kita

Dekat dunia kita tengok rumah dekat Mudah.my, tengok homestay dekat Airbnb. Tapi di alam kubur, ditunjukkan “rumah akhirat” kita.

Setiap pagi dan petang diperlihatkan destinasi kita nanti:

  • Syurga – kalau kita orang beriman, tengok saja pun bukan main nikmat lagi.
  • Neraka – kalau sebaliknya boleh jadi deraan mental bila tengok neraka hari-hari.

Nabi bersabda, “Apabila seseorang mati, diperlihatkan tempatnya di syurga atau neraka setiap pagi dan petang…” (Hadis Riwayat Muslim)

Baca juga: Tubuh Bagi Petunjuk Sebelum Ajal, Ini 11 Tanda Yang Patut Kita Ambil Serius

Jika tak nak menyesal kena bersiap sedia sekarang

Alam barzakh bukan cerita dongeng. Ia pintu pertama menuju akhirat. Masa itu, duit tak laku. Rakan tak boleh tolong. Cuma amalan yang jadi penyelamat.

Kalau Nabi SAW sendiri doa minta perlindungan daripada azab kubur, kalau Saidina Uthman RA menangis sampai basah janggut bila tengok kubur, kita bagaimana?

Lagi-lagilah perlu rasa, fikir dan buat sesuatu. Mulakan dengan perkara kecil:

  1. Solat cukup.
  2. Yang wajib-wajib lain pun kena juga selesaikan.
  3. Jaga lidah.
  4. Apa yang diharamkan, jauhkanlah dari jadi gaya hidup.
  5. Tinggalkan syubhah.
  6. Banyakkan taubat.
  7. Baca doa perlindungan dari azab kubur setiap hari, “Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu dari azab kubur.”

Semoga malam pertama kita di alam barzakh bukan malam penuh azab, tapi malam tenang yang penuh rahmat dari Allah.

Baca juga: Tengah Malam Dengar Bunyi Guli Bergolek & Perabot Diseret, Jangan Sembunyi Bawah Selimut…Buat Langkah Ini!

Sumber: Bahagian Dakwah, Jakim

FT Image: Utusan Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×