Kalau anda sedang cari resipi pencuci mulut mudah tanpa bakar yang boleh disiapkan dalam masa singkat, Cheesekut viral ini memang wajib cuba!
Hanya guna 4 bahan asas dan blender sahaja hasilnya mudah, sedap dan jimat masa. Perkongsian daripada Pakcu Love di Facebook ini pasti memikat hati penggemar kek sejuk berkrim.
Baca juga: Cara Cepat Lembutkan Daging Beku, Guna 1 Bahan Rahsia Ini Tanpa Perlu Rendam Air Berjam-Jam!
RESIPI CHEESEKUT VIRAL

Gambar Pakcu Love
Bahan-bahan utama:
- 1 paket biskut kering (apa-apa jenama pun boleh)
- 250g cream cheese (disarankan guna Tatura)
- 1/2 tin susu pekat
- 1/4 cawan susu segar
- Serbuk Milo sebagai topping adalah pilihan boleh guna bahan lain (cadangan produk: Farm Fresh Choco Malt)
Baca juga: Resipi Bunga Nanas Kering Homemade, Lebih Stail Bila Dihias Atas Kek & ‘Dessert’!
Cara penyediaan:

Gambar Pakcu Love
- Satukan cream cheese, susu pekat dan susu segar dalam pengisar (blender). Kisar sehingga halus dan sebati. Boleh juga guna mixer jika tiada blender.
- Celup biskut kering ke dalam sedikit susu segar. Ini penting untuk lembutkan tekstur biskut semasa disejukkan nanti.
- Letakkan sedikit adunan cheese sebagai lapisan dasar. Kemudian susun biskut celup susu di atasnya. Ulangi proses ini iaitu lapisan cheese, biskut, cheese sehingga habis. Pastikan lapisan terakhir adalah cheese.
- Akhir sekali, taburkan topping pilihan seperti serbuk Milo, Nestum, Oreo kisar atau apa-apa bahan kegemaran anda.
Tips tambahan:
- Sejukkan Cheesekut sekurang-kurangnya 4–6 jam sebelum dipotong untuk hasil yang lebih mantap dan berkrim.
- Lagi lama disimpan dalam peti sejuk, lagi sedap rasanya!
Baca juga: Nampak Sama Tapi Tak Serupa, Beza Matcha & Green Tea Yang Buat Ramai Terkejut!
Sumber: Pakcu Love
FT Image: Pakcu Love
