Euforia Bola 2026
Inspirasi

Serba Daif Tapi Kemas & Tinggi Adab Melayu, Rumah Warga Emas Ini Jadi Bualan Mulut Warga Maya!

serba daif

Dalam dunia serba mencabar hari ini, kisah sepasang warga emas serba daif namun tetap teguh menjaga empat cucu orang kurang upaya (OKU) menjadi lambang kekuatan sebenar kasih sayang dan pengorbanan.

Walaupun hidup dalam serba kekurangan, pasangan ini tidak pernah merungut, malah terus berusaha mencari rezeki halal demi kelangsungan hidup keluarga mereka.

Baca juga: Discovery Channel Buatkan Anak Malaysia Ini Berimpian Besar, Kini Bergelar Jurutera Nuklear Di Syarikat Terkenal Dunia

RUMAH SERBA DAIF TAPI PENGHUNINYA TEKUN & BERADAB

serba daif

TikTok @asnafhunterchannel

Apa yang paling menyentuh hati, si datuk yang sudah uzur tetap keluar berniaga meskipun terpaksa bertongkat dan berjalan perlahan.

Dengan semangat luar biasa, beliau menjaja tudung saji serta hasil kraf tangan buatan sendiri di sekitar Bandar Tumpat, Kelantan. Semua demi menyediakan makanan dan keperluan asas buat isteri tercinta serta cucu-cucu yang memerlukan perhatian istimewa.

Rakaman yang tular di TikTok oleh pengguna @Mr.Cool – Asnaf Hunter memaparkan lelaki ini pulang dari berniaga dengan wajah letih namun tenang. Walau kudrat makin terbatas, beliau tidak pernah menjadikan usia sebagai alasan untuk berhenti berusaha.

Apa yang lebih mengharukan, rumah mereka yang kecil dan sederhana itu tetap dijaga rapi dengan kelihatan bersih, kemas dan penuh adab.

Walaupun jelas hidup dalam kesempitan, isteri warga emas itu masih sempat menghidang air kepada tetamu yang hadir, satu nilai budaya Melayu yang makin jarang dilihat hari ini.

Baca juga: Wan Sekerat Usahawan OKU Satu Kaki Bukti Mampu Berdikari, Bakar Jiwa Orang Ramai!

serba daif

Ramai netizen memuji ketekunan mereka,

“Rumah dia bersih ja, menandakan dia orang memang rajin. Betul lah mak cakap, kalau rajin semua nampak kemas.

“Terus hidang air untuk tetamu. Tingginya adab budaya Melayu kita.

“Kuatnya pak cik, walaupun kudrat terbatas. Moga murah rezeki pak cik sentiasa,” antara komen ditinggalkan oleh pelayar TikTok.

Keikhlasan, layanan mesra dan kesungguhan pasangan warga emas ini menjadi cermin nilai murni yang patut dicontohi.

Dalam dunia yang semakin sibuk dan materialistik, kisah ini hadir sebagai peringatan bahawa kebahagiaan tidak diukur melalui harta, tetapi melalui keikhlasan, tanggungjawab dan kasih sayang tanpa syarat.

Semoga kisah ini terus menjadi inspirasi buat kita semua, bahawa dalam hidup yang serba daif, masih ada kekuatan yang luar biasa bila segalanya dilakukan kerana cinta dan amanah.

Baca juga: Bukan 1 Tapi 13 Anak Pasangan Ini Menghafaz Al-Quran, Jalani Hidup Sederhana Tapi Dalam Kalam Allah!

Sumber: TikTok @asnafhunterchannel

FT Image: TikTok @asnafhunterchannel

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×