Bagi penjaga pesakit terlantar, cara mandikan orang sakit di atas katil merupakan kemahiran penting yang perlu dipelajari, lebih-lebih lagi jika pesakit tidak mampu dibawa ke bilik air.
Perkongsian Alif Rose Haizad di Instagram baru-baru ini mendapat perhatian ramai apabila beliau menunjukkan langkah demi langkah memandikan ibunya yang uzur, dengan penuh ketelitian dan kasih sayang.
Baca juga: Guru Layak RM100 Baucar Buku Tapi Ramai Tak ‘Claim’? Bukan Susah Pun Nak Buat, Ikuti Panduan Ini!
CARA MANDIKAN ORANG SAKIT DI ATAS KATIL

Instagram @alifrosehaizad
Menerusi video tersebut, Alif menerangkan teknik mudah namun berkesan untuk memastikan kebersihan pesakit terjaga, menggunakan peralatan asas seperti dua baldi air, kain lap dan tuala bersih.
Kaedah ini amat membantu buat mereka yang menjaga ahli keluarga yang terlantar sakit, sama ada di rumah atau di pusat jagaan.
“Ada masa kita terpaksa mandikan orang tersayang atas katil. Dengan cara yang betul, kita masih boleh memastikan orang yang kita sayang dalam keadaan bersih dan segar! Ini cara saya mandikan mak saya di atas katil hampir setiap hari.” ujar Alif Rose Haizad di ruangan kapsyen videonya itu.
Baca juga: Sebelum Mula Pecah Tanah, Baca 8 Langkah Penting Ini Untuk Elak Kerugian Bina Rumah Sendiri!

Instagram @alifrosehaizad
Menerusi video tersebut, dapat dilihat pemuda itu menjelaskan dengan teliti tentang cara memandikan orang terlantar sakit di atas katil.
“Kalau kita tak larat nak mandikan orang sakit di bilik air, boleh mandikan di atas katil sahaja.
“Jom saya kongsika cara saya memandikan ibu saya hampir setiap hari,” ujarnya.
“Konsepnya mudah sahaja. Anda memerlukan 2 baldi yang mengandungi satu air biasa dan satu lagi air sabun.
“Sediakan juga 3 kain untuk baldi air biasa, air sabun dan untuk mengelap kering tubuh yang basah. Cara mandikan mudah sahaja.
“Langkah pertama, lap tubuh pesakit menggunakan air sabun. Kemudian, lap dengan air biasa, sebelum tekap tubuh pesakit dengan tuala bersih untuk mengeringkan tubuh mereka,” kongsi Alif.
Baca juga: Pilihan Sambung Belajar Lepas SPM Bukan Mudah, Tapi Nasihat Ibu Ini Mungkin Buka Mata Anda

Instagram @alifrosehaizad
Selain itu, anak mithali ini juga memaklumkan kawasan tubuh mana yang perlu dimulakan dulu dalam proses memandikan pesakit.
“Saya sentiasa mulakan dengan kawasan muka dahulu, dan diikuti dengan kedua-dua belah tangan.
“Jika pakai lampin pakai buang (pampers), buka ia terlebih dahulu sebelum mula mengelap di bahagian depan tubuh dan kedua-dua belah kaki terus,” tunjuknya lagi.
Malah, Alif juga berkongsikan cara menukar lampin pakai buang ketika membersihkan tubuh pesakit sehingga proses mandian selesai.
Untuk memahami dengan lebih jelas dan mengetahui langkah seterusnya, ikuti perkongsian video di bawah.
Sumber: Instagram @alifrosehaizad
FT Image: Instagram @alifrosehaizad
