Ramai wanita, terutamanya selepas bersalin atau semakin meningkat usia, tidak sedar bahawa mereka mungkin mengalami masalah rahim jatuh atau prolaps uterus. Masalah ini bukan sahaja mengganggu keselesaan, malah boleh menjejaskan kesihatan dan hubungan intim jika dibiarkan tanpa rawatan!
Namun begitu, tahukah anda bahawa ada cara mudah untuk mengesan tanda-tanda awal rahim jatuh hanya dengan menggunakan dua jari sendiri di rumah?
Baca juga: Senarai 20 Hospital Paling Dipercayai & TERBAIK Di Malaysia 2025, Nombor 4 Ramai ‘Approved’!
CARA KESAN RAHIM JATUH DENGAN 2 JARI (Pemeriksaan Sendiri)

Foto: freepik
Kaedah ini dikenali sebagai self internal pelvic check dan hanya sesuai dilakukan dengan pengetahuan asas anatomi serta dengan sangat berhati-hati.
- Tidak disarankan semasa datang haid, ada jangkitan faraj, atau luka selepas bersalin.
- Hanya untuk tujuan kesedaran diri. Sebarang kebimbangan mesti dirujuk kepada pakar sakit puan (O&G).
Langkah-langkah:
1. Cuci tangan bersih dengan sabun dan air. Pastikan kuku pendek dan tiada luka.
2. Gunakan sarung tangan pakai buang (glove) jika ada, atau pastikan jari bersih.
3. Dalam posisi bercangkung atau berbaring dengan lutut dibengkokkan.
4. Gunakan 2 jari tengah (jari hantu dan telunjuk), masukkan perlahan-lahan ke dalam faraj lebih kurang 3–5 cm.
5. Cuba rasa pangkal rahim (serviks) — ia terasa seperti hujung hidung: bulat, kenyal dan keras sedikit.
APA YANG ANDA BOLEH PERHATIKAN?
- Serviks terasa rendah (mudah dicapai jari) kemungkinan rahim mula turun
- Serviks terlalu hampir ke bukaan faraj tanda tahap prolaps yang lebih serius
- Rasa seperti ada ‘benjolan’ keluar dari faraj, mungkin rahim betul-betul sudah jatuh (prolaps)
- Sukar tahan kencing atau rasa berat di ari-ari antara simptom rahim jatuh
- Sakit di bahagian pinggang atau punggung
- Rasa berat di ari-ari terutama waktu berdiri lama
- Angin keluar dari faraj (kentut faraj)
- Sakit semasa bersama suami
- Sukar buang air kecil atau besar
Bila perlu jumpa doktor? Jika anda mengalami mana-mana gejala di atas secara berterusan, atau jika anda rasa:
- Ada benda keluar dari faraj
- Terasa sangat tidak selesa
- Tiada perubahan walaupun selepas berpantang/berurut

Maka pemeriksaan dalaman oleh pakar O&G sangat diperlukan. Mereka mungkin akan cadangkan rawatan fisioterapi lantai pelvis, alat sokongan (pessary), atau pembedahan (jika serius).
Baca juga: Tanda-Tanda Anda Kena Mandi Bunga, Terus Jadi Cantik & Wangi…Barulah Jodoh ‘Nampak’!
Sumber: Hello Doktor
