Baru-baru ini, tular di TikTok satu perkongsian wanita dikenali sebagai Amieralee yang menjelaskan bahawa ibu bapanya membeli produk kencing manis dan merawat penyakit buah pinggang.
Tanpa sebarang kelulusan rasmi, produk ini dijual secara meluas di platform tersebut, dengan testimoni yang mengelirukan dan tiada bukti saintifik.
Baca juga: Ibu Hempas Anak 11 Bulan Hingga Maut, Stres Dengar Bunyi Nangis Hampir Setengah Jam!
IBU AYAH BELI PRODUK KENCING MANIS DI TIKTOK, BAHAYA

Freepik
Menurut Amieralee, ibunya telah mengambil produk tersebut secara berterusan tanpa pengetahuan ahli keluarga. Produk yang dibeli melalui TikTok itu didakwa mengandungi buah kulim, sejenis bahan semula jadi yang kononnya berkesan untuk pelbagai penyakit kronik.
“Kami sebagai anak-anak memang sentiasa memantau ubat-ubatan yang dibeli dan dimakan oleh mak ayah kami, tetapi kali ini terlepas juga.
“Ubat yang dibeli dari TikTok ini dikatakan boleh menurunkan kencing manis dan merawat penyakit buah pinggang. Namun, selepas diselidik, kami dapati ia mengandungi buah kulim yang tinggi kandungan potasium, sangat berbahaya untuk pesakit buah pinggang,” jelasnya.
Lebih membimbangkan, produk berkenaan langsung tidak mempunyai kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tiada sijil halal dan nama syarikat pengeluar juga tidak wujud dalam carian rasmi. Namun begitu, ia masih dijual secara terbuka di platform digital tanpa pemantauan ketat.

Freepik
Amieralee turut berkongsi bahawa ibunya telah mengambil sehingga 13 biji kapsul produk tersebut, dipercayai selepas setiap kali mengambil ubat hospital. Akibatnya, bacaan potasium dalam darah meningkat secara mendadak ke 6.8 mmol/L, melebihi paras normal dan sangat berbahaya.
“Kakak saya minta semak sama ada produk ini ada sijil halal atau kelulusan KKM, tapi selepas semakan, memang tiada. Malah nama syarikat pun tidak wujud. Persoalannya, kenapa produk seperti ini masih dijual di platform tersebut sedangkan jelas tiada sebarang kelulusan?
“Kami siasat dan akhirnya mak mengaku sudah makan 13 biji, selepas setiap kali makan ubat yang doktor berikan. Bacaan potasium mak mendadak naik ke 6.8 mmol/L, dan pihak hospital terus mengarahkan kami ke Jabatan Kecemasan di HKL kerana risau komplikasi serius. Kami adik-beradik pun segera bergegas ke hospital dalam keadaan cemas,” ujarnya
Baca juga: Jenazah 6 Beranak Selamat Dikebumikan, Berhampiran Pusara Kembar Anak Bongsu…
Sumber: TikTok Amieralee
