Ramai antara kita mungkin biasa mendengar arahan doktor tentang jarak makan ubat seperti ‘2 kali sehari’ atau ‘3 kali sehari’. Namun, tidak semua orang benar-benar faham bagaimana cara pengambilan ubat yang tepat mengikut jarak waktunya.
Sebenarnya, perkara ini sangat penting kerana ia menentukan keberkesanan ubat dalam tubuh. Kalau salah, mungkin mengambil masa lebih lama untuk sembuh?
Baca juga: Bahaya Tersembunyi, NPRA Dedah Lebih 200 Produk INI Ada Kapur Barus, Jadi Punca Anak Kerap Sawan!
NAK SEMBUH CEPAT DARI SAKIT? KENA IKUT JARAK MAKAN UBAT YANG DISARANKAN DOKTOR

Foto: freepik
Berikut panduan jarak minum ubat yang betul mengikut aturan:
1. Dua Kali Sehari (2 x 1)
Jika ubat ditulis untuk minum dua kali sehari, ia bermaksud perlu diambil setiap 12 jam sekali. Contoh: jam 8 pagi dan 8 malam.
Biasanya, antibiotik diberikan dengan aturan ini kerana keberkesanannya bergantung pada tahap kestabilan dos dalam darah.
2. Tiga Kali Sehari (3 x 1)
Arahan 3 kali sehari bukan sekadar pagi, tengah hari, dan malam. Yang lebih penting ialah jarak masa yang sama rata antara setiap dos.
Sebagai contoh, jika dos pertama diambil pada jam 6 pagi, maka dos kedua perlu diambil jam 2 petang, dan dos terakhir pada jam 10 malam. Aturan ini memastikan ubat bekerja secara berterusan kerana tubuh kita menyerap dan membuang ubat dalam tempoh tertentu.
3. Empat Kali Sehari (4 x 1)
Jika doktor menetapkan 4 kali sehari, anda perlu mengambil ubat setiap 6 jam sekali. Contoh: jam 6 pagi, 12 tengah hari, 6 petang, dan 12 tengah malam.
Jangan sesekali menggandakan dos dengan alasan mahu ‘menggantikan’ masa yang terlepas. Hal ini boleh menjejaskan keberkesanan ubat, malah berisiko mendatangkan kesan sampingan.
Untuk sesetengah jenis ubat, jadual ini perlu dipatuhi dengan ketat kerana tahap kepekatan ubat dalam darah mesti sentiasa stabil bagi melawan penyakit.
Mengapa Perlu Ikut Aturan?

Setiap ubat mempunyai half-life, iaitu tempoh masa tubuh memerlukan untuk membuang separuh kandungan ubat daripada sistem darah.
Apabila paras ubat mula menurun, keberkesanannya untuk merawat penyakit juga akan berkurang. Sebab itu, pesakit perlu mengambil dos seterusnya bagi mengekalkan tahap ubat yang mencukupi.
Jika jadual ini diabaikan, ubat mungkin tidak berfungsi dengan baik dan menjadikan proses penyembuhan lebih lambat, malah risiko komplikasi boleh meningkat. Jadi, jangan pandai-pandai ‘skip’ waktu ya!
Baca juga: 8 Jenis Buah ‘Ajaib’ Bantu Turunkan Berat Badan Secara Semula Jadi, Sebulan Dah Nampak Hasil!
Sumber: Hello Sehat
