Dalam perkahwinan, hubungan intim bukan sahaja tentang memenuhi keperluan fizikal, tetapi juga membina kasih sayang, keintiman dan persefahaman antara suami dan isteri. Salah satu bentuk keintiman yang sering dibincangkan walaupun secara diam-diam ialah oral seks atau lebih dikenali sebagai ‘blowjob’.
Dikatakan bahawa para suami sebenarnya ‘mendambakan’ isteri yang boleh memuaskan mereka menggunakan kaedah berkenaan. Betul ke?
Baca juga: Dah Bosan Panggil Suami ‘Sayang’? Ini Nama Panggilan Manja Dalam 10 Bahasa Bikin Hati Cair!
Mengapa Ada Suami Suka Isteri Lakukan Oral Seks (Blowjob)? Doktor Jelas Jangan Malu…

Foto: freepik
Menurut perkongsian Tiktok Dr. Azimah Aziz yang merupakan Sex & Couple Therapist, ramai suami secara jujur mengakui bahawa mereka sangat terangsang dan rasa dihargai apabila isteri melakukan seks oral kepada mereka. Ia memberi sensasi yang berbeza dan menambah variasi dalam hubungan seksual, sekali gus menguatkan keintiman suami isteri.
Namun begitu, tidak semua isteri selesa melakukannya. Ada yang mengaku geli, tidak tahu tekniknya, atau tidak pasti sama ada perbuatan itu dibenarkan dalam Islam.
Apa yang para isteri perlu tahu jika ingin mencuba teknik ini bersama suami adalah:
- Fahami bahawa ini satu bentuk kasih sayang, bukan paksaan. Seks dalam perkahwinan adalah tentang saling memberi dan menerima.
- Jika isteri tidak selesa, suami perlu faham dan tidak memaksa. Tetapi jika isteri ingin cuba belajar, itu satu usaha yang sangat dihargai.
- Kebersihan sangat penting. Pastikan zakar dibersihkan dahulu sebelum melakukan oral. Ini bukan sahaja untuk kebersihan, tetapi juga membantu isteri lebih selesa.
- Belajar teknik asas perlahan-lahan.
- Gunakan tangan dan mulut secara bergilir.
- Jangan terlalu dalam jika tidak selesa.
- Lakukan dengan tenang dan berpandukan reaksi suami.
- Boleh guna bantuan pelincir atau air liur agar lebih selesa.
- Boleh dipelbagaikan dengan pujian dan komunikasi. Bisikkan kata-kata manja atau bertanya adakah dia selesa, ini menambah elemen emosi dalam aksi fizikal.
Apakah Hukum Dalam Islam?
@drazimahaziz♬ original sound – Dr Azimah Aziz
Pandangan ulama berbeza mengikut mazhab, namun secara umumnya, hukum oral seks adalah harus (dibenarkan) dengan syarat:
- Ia dilakukan oleh pasangan suami isteri yang sah.
- Tiada kemudaratan kesihatan.
- Air mani atau mazi tidak ditelan.
Menelan air mani adalah dilarang menurut kebanyakan ulama kerana dianggap najis (walaupun ada sedikit khilaf), dan perbuatan itu bertentangan dengan fitrah.
Etika Islam juga mengutamakan kebersihan, kehormatan dan saling hormat dalam hubungan suami isteri. Maka oral seks boleh dilakukan jika ia meningkatkan kasih sayang dan tidak memudaratkan mana-mana pihak.
Kesimpulan, oral seks atau teknik blowjob suami bukanlah satu kewajipan, tetapi boleh menjadi pelengkap hubungan suami isteri jika dilakukan dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan. Islam membenarkan keintiman selagi tidak melanggar batas syarak dan menjaga kebersihan serta maruah pasangan. Bagi isteri yang belum mahir atau rasa geli, tidak salah untuk belajar secara perlahan-lahan.
Baca juga: Kajian Dedah Suami Yang Cium Isteri Setiap Pagi Hidup 5 Tahun Lebih Lama, Siapa Tak Buat Rugi!
Sumber: Tiktok @drazimahaziz, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
