Seorang kanak-kanak perempuan di Thailand dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas disahkan mengalami kerosakan otak akibat overdose gula gula ganja.
Situasi ini sangat merisaukan kerana ia menerusi gula-gula beruang yang mengandungi bahan aktif THC!
Baca juga: Senarai 20 Hospital Paling Dipercayai & TERBAIK Di Malaysia 2025, Nombor 4 Ramai ‘Approved’!
OVERDOSE GULA GULA GANJA, KANAK-KANAK ALAMI KEROSAKAN OTAK

Foto: Bangkok Post
Menerusi laporan Bangkok Post, insiden mengejutkan itu berlaku ketika keluarga kanak-kanak tersebut menghadiri majlis hari jadi saudara di Bangkok. Tanpa disedari, kanak-kanak tersebut telah memakan 10 biji gummy bears kanabis, yang dibawa oleh salah seorang tetamu dewasa ke majlis berkenaan. Gula-gula itu tidak disimpan di tempat selamat, dan warnanya yang menarik seperti gula-gula biasa menyebabkan ia mudah disalah anggap oleh kanak-kanak.
Bapa mangsa, seorang guru tadika, mula risau apabila anak perempuannya menunjukkan tanda pelik seperti terlalu mengantuk, mata layu dan langsung tidak mahu makan. Ibu mangsa segera membawa anaknya ke hospital, namun doktor pada awalnya gagal mengenal pasti punca sebenar.
Selepas beberapa sesi soal jawab bersama keluarga, barulah mereka menyedari bahawa kanak-kanak itu telah memakan produk ganja yang dibawa secara cuai oleh tetamu dewasa!
24 Jam Koma, Halusinasi & Demam Panas

Foto: freepik
Keadaan menjadi lebih serius apabila doktor mengesahkan bahawa dos ganja yang diambil adalah terlalu tinggi bagi tubuh kecil kanak-kanak itu. Dia tidak sedarkan diri selama 24 jam di ICU, sebelum dibenarkan pulang. Namun hanya beberapa jam selepas itu, dia terpaksa dimasukkan semula ke hospital akibat demam panas dan mengalami halusinasi berterusan.
Lebih memeritkan, bapa mangsa mendapati insurans perubatan keluarga tidak melindungi kes yang melibatkan overdose dadah atau bahan terlarang. Kos rawatan kini melebihi 50,000 baht (sekitar RM6,900), dan dia berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pasangan yang membawa masuk gula-gula ganja ke majlis tersebut.
Sebagai bukti, dua biji gummy yang masih tinggal diserahkan kepada polis, bersama laporan rasmi tentang kejadian tersebut.
Kisah ini menarik perhatian Menteri Kesihatan Awam Thailand, Somsak Thepsuthin, yang mengarahkan siasatan segera terhadap pengeluar dan penjual produk ganja yang tidak mematuhi kadar THC dibenarkan.
Beliau turut memberi amaran bahawa pengedaran atau pemilikan produk ganja melebihi had boleh dikenakan denda sehingga 30,000 baht dan penjara sehingga tiga tahun, dengan hukuman lebih berat jika membabitkan kanak-kanak atau kejadian kecuaian awam.
Baca juga: Bukan HFMD, Bukan Demam Biasa – Ibu Kongsi Detik Cemas Bayi Kena Penyakit KAWASAKI, Biji Mata Merah!
Sumber: Bangkok Post
