Salah satu gangguan yang sering dikongsi oleh ramai orang ialah bunyi guli seperti dibaling atau bergolek di atas siling, disusuli bunyi perabot dialihkan seolah-olah ada orang sedang mengemas rumah.
Jadi, pernah tak anda alami situasi pelik ini ketika tinggal di rumah apartment, terutama waktu malam?
Baca juga: Benarkah Wanita Haram Pakai Seluar Jeans? Ini Jawapan Mufti!
TANDA BUNYI GULI & PERABUT DISERET

Gambar hiasan AI
Dan lebih menyeramkan, bunyi-bunyi ini biasanya kedengaran pada jam 2 hingga 3 pagi. Waktu sebegini, mustahil jiran-jiran sibuk menyusun almari atau bermain guli, bukan?
Maka timbul persoalan… siapa atau apa sebenarnya yang membuat bunyi itu?
Dalam perspektif Islam, gangguan seperti ini boleh menjadi tanda awal kehadiran makhluk halus seperti jin, saka atau unsur sihir yang mungkin bersarang dalam rumah atau yang cuba mengganggu ketenteraman hidup.
Menurut perkongsian yang tular di media sosial, bunyi-bunyi aneh seperti itu bukan semestinya datang dari rumah jiran.
Sebaliknya, boleh menandakan bahawa rumah kita sendiri sedang ‘diperhatikan’ atau ‘disinggahi’.
Namun jangan panik! Islam telah mengajar umatnya pelbagai langkah untuk melindungi diri dan rumah daripada gangguan makhluk halus.
Baca juga: Sukar Tidur, Malas & Emosional Tanpa Sebab? Ini Tanda-Tanda Penyakit Ain Yang Ramai Terlepas Pandang
Antara amalan yang boleh diamalkan termasuklah:

Gambar hiasan AI
1. Menjaga solat 5 waktu
Solat adalah pelindung utama daripada gangguan syaitan dan jin. Ia membina perisai rohani yang kuat dalam diri dan rumah kita.
2. Memberi salam sebelum masuk rumah
Walaupun tiada orang di rumah, biasakan memberi salam setiap kali melangkah masuk. Ini bukan sahaja sunnah, malah menjadi isyarat bahawa kita membawa nama Allah bersama ke dalam rumah.
3. Menjaga kebersihan rumah
Makhluk halus menyukai tempat yang kotor, bersepah dan tidak terurus. Pastikan rumah sentiasa bersih, terutama tempat-tempat gelap dan lembap.
4. Azan di setiap penjuru rumah
Lafaz azan di dalam rumah, terutama di bilik yang jarang digunakan atau terasa ‘berat’ kerana boleh membantu mengusir gangguan ghaib.
5. Membaca Al-Quran dan surah Lazim secara konsisten
Antara surah yang sangat digalakkan dibaca ialah Al-Baqarah, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas. Bacaan ini menyucikan suasana rohani dan menjauhkan gangguan.
“Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah Al-Baqarah.” (Hadis Riwayat Muslim)
Baca juga: Doa Ketika Memasak Supaya Makanan Jadi Sedap, Sampai Suami Cium Tangan Dua Kali!
Jika anda kerap terdengar bunyi guli, perabot dialihkan, atau aura tidak menyenangkan dalam rumah, jangan ambil mudah. Gangguan seperti ini boleh berlarutan dan mengganggu kesejahteraan emosi serta spiritual.
Ambillah langkah-langkah pencegahan secara Islamik. Dengan izin Allah, rumah akan kembali menjadi tempat yang tenteram dan dilindungi daripada gangguan yang tidak diundang.
Ingat, bukan semua bunyi itu datang dari jiran. Kadangkala, ia petanda bahawa sudah tiba masanya untuk kita lebih dekat dengan Allah.
Baca juga: Tubuh Bagi Petunjuk Sebelum Ajal, Ini 11 Tanda Yang Patut Kita Ambil Serius
Sumber: Lemon 8 @zaynaisya.home
FT Image: AI
