Ramai pengguna aircond rumah bimbang bil elektrik meningkat sekiranya penyaman udara digunakan sepanjang siang dan malam. Hakikatnya terdapat beberapa langkah yang boleh diamalkan bagi memastikan bil bulanan kekal di bawah RM200.
Penggunaan yang bijak dan teratur bukan sahaja membolehkan anda menikmati keselesaan setiap hari, malah dapat mengelakkan pembaziran tenaga tanpa perlu mengorbankan kualiti hidup.
Baca juga: Tips Pasang Jubin Supaya Tak Kembung & Meletup, Orang Kata Kena Buat Macam Ini Dulu
GUNA AIRCOND RUMAH MACAM NI, CONFIRM BIL BAWAH RM200

Freepik
1. Set pada suhu 23–25
Elakkan aircond RUMAH terlalu sejuk (contoh: 16–20°C). Suhu 23–25°C sudah cukup selesa dan lebih menjimatkan elektrik kerana aircond tidak perlu bekerja terlalu keras.
2. Guna fungsi ‘Timer’
Ramai orang membiarkan aircond rumah hidup sepanjang malam dan ini pastinya satu perbuatan yang merugikan. Jadi, gunakan fungsi timer supaya ia mati sendiri bila suhu bilik sudah cukup sejuk, contohnya selepas 3 atau 4 jam.
3. Gandingkan aircond + kipas siling
Kipas membantu edarkan udara sejuk dalam bilik. Bila udara sejuk tersebar rata, aircond tidak perlu bekerja keras. Suhu yang lebih tinggi pun tetap rasa sejuk.
4. Cuci filter aircond setiap 2 minggu
Filter yang kotor menyebabkan aircond rumah jadi kurang efisien dan menggunakan lebih banyak tenaga. Dengan mencuci filter, aliran udara akan menjadi lancar dan penggunaan elektrik lebih jimat.
5. Sejukkan bilik waktu luar puncak (selepas 10 malam)
Waktu selepas 10 malam biasanya kadar penggunaan elektrik dalam kawasan lebih rendah. Mulakan aircond ketika waktu ini untuk dapat penyejukan yang lebih stabil dan jimat.

Freepik
6. Pakai pakaian tidur yang sejuk & longgar
Memakai baju tidur yang ringan, nipis dan longgar membantu badan rasa lebih sejuk tanpa perlu set aircond ke suhu rendah.
7. Cabut suiz jika tidak digunakan
Amalan mencabut suis peralatan elektrik yang tidak digunakan merupakan langkah penting dalam menjimatkan tenaga dan memastikan keselamatan di rumah atau tempat kerja.
8. Gunakan aircond jenis inverter
Teknologi inverter membolehkan kompresor beroperasi secara berterusan pada kelajuan yang berubah-ubah mengikut suhu bilik, sekali gus mengurangkan penggunaan tenaga elektrik.
Berbeza dengan aircond biasa yang kerap hidup dan mati untuk mengekalkan suhu, aircond inverter lebih efisien kerana tidak menggunakan tenaga berlebihan.
Baca juga: Cara Guna Bawang Putih Untuk Kawal ‘Perosak’ Di Rumah, Sekali Letak Mesti Semua Lari!
Sumber: Public Health Malaysia
