Euforia Bola 2026
Asuh

7 Sebab Kenapa Anak Lahir Bulan Julai Selalu Jadi Kegemaran Ramai, Karakter Misteri Tapi Manis!

bayi lahir bulan julai

Setiap anak yang lahir membawa rezeki dan keunikan tersendiri, termasuklah bayi lahir bulan Julai. Hal ini kerana, ramai ibu bapa dan pencinta astrologi (haram dalam agama Islam) percaya bahawa tarikh lahir boleh mencerminkan sedikit sebanyak karakter anak itu.

Bagi bayi yang lahir pada bulan ketujuh dalam kalendar, rupanya karakter mereka bukan biasa-biasa!

Baca juga: “Aku Penat Sangat”- Wanita Luah Terpaksa Campur Ubat Batuk Dalam Susu Anak, Tak Tahan!

KARAKTER BAYI LAHIR BULAN JULAI, PATUTLAH RAMAI SAYANG!

bayi lahir bulan julai

Foto: freepik

Berikut antara ciri-ciri menarik yang sering dikaitkan dengan anak-anak Julai dan sebab kenapa mereka mudah disayangi ramai:

1. Misteri Tapi Penuh Pesona

Bayi Julai selalunya bukan jenis yang suka jadi perhatian. Mereka lebih selesa dalam ruang sendiri, tenang dan sedikit ‘introvert’. Tapi jangan salah sangka kerana dalam diam, mereka punya daya tarikan yang sangat kuat dan keperibadian mereka buat orang rasa selesa serta mudah rapat.

2. Berjiwa Lembut dan Penyayang

Selain itu, bayi yang lahir bulan Julai besar kemungkinan mereka seorang yang penyayang dan sangat mengambil berat tentang orang sekeliling. Mereka mudah tersentuh, senang simpati, dan ada naluri keibubapaan yang tinggi sejak kecil. Tak hairanlah ramai yang akan cakap mereka ni ‘sweet’.

3. Kreatif dan Imaginatif

Anak Julai biasanya ada dunia imaginasi yang luas. Mereka suka berangan, bercerita, melukis atau mencipta sesuatu yang unik. Kreativiti mereka menjadikan mereka bijak dalam menyelesaikan masalah dengan cara luar kotak.

4. Sangat Setia & Boleh Dipercayai

Salah satu kelebihan besar mereka ialah kesetiaan. Bila mereka dah sayang, mereka akan pertahankan hubungan itu sampai bila-bila. Tak kira kawan atau keluarga, mereka jenis yang boleh diharap dan akan ada bila diperlukan.

5. Bijak Mengawal Emosi (Tapi Dalam Diam)

Jangan terkejut kalau anak Julai nampak macam sentiasa cool  tapi sebenarnya mereka sangat sensitif. Mereka tak suka menunjukkan kesedihan atau kemarahan secara terbuka. Mereka lebih suka simpan dalam hati, sebab tak mahu bebankan orang lain.

6.  Nampak Matang Dari Usia

Walaupun masih kecil, anak lahir bulan  Julai sering menunjukkan tanda-tanda kematangan awal. Cara mereka bercakap, berfikir dan memberi respons kadang-kadang buat orang dewasa pun terdiam.

7. Sangat Mementingkan Keluarga

Keluarga adalah benda paling penting di dunia buat anak kelahiran bulan Julai. Mereka selalunya sangat rapat dengan ibu bapa, adik-beradik dan sanak saudara. Mereka mudah ingat jasa dan susah untuk melupakan kasih sayang yang pernah diberi.

bayi lahir bulan julai

Kalau anda atau anak anda lahir dalam bulan Julai, tahniah! Anda tergolong dalam golongan yang unik, penyayang dan penuh inspirasi. Jangan hairan kalau orang sekeliling senang tertarik dengan karakter anda.

Baca juga: Terkenal Dengan Karakter ‘Nakal’, Rupanya Ini 7 Sifat Lain Anak Kedua Yang Ramai Tak Sangka!

Sumber: TIME, TheAsianParent

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×