Euforia Bola 2026
Asuh

3 Perkataan Simple Tapi Power Didik Anak Jadi Manusia Berguna, Kena Mula Dari Sekarang!

didikan awal anak

Didikan awal anak amat penting dalam membentuk akhlak, disiplin dan keperibadian mereka. Seperti pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya, mendidik anak harus bermula sejak kecil.

Di mana, ia boleh dimulakan dengan perkara yang sangat mudah iaitu hanya dengan tiga perkataan asas seperti tolong, maaf dan terima kasih.

Baca juga: “Eh, Bayi Ini Asyik Renung Muka Aku Je…” Bukan Sebab Si Comel Rasa Anda Lawa, Rupa-Rupanya…

DIDIKAN AWAL ANAK BANTU BENTUK KEPERIBADIAN TINGGI

didikan awal anak

Gambar AI

Menurut penulis buku kanak-kanak menggunakan akaun Thread @cikgu_iz, ia mungkin terlihat ringkas dan kecil, tetapi mampu memberikan impak besar kepada masyarakat.

1. Tolong (ajarkan anak tentang kerjasama dan adab)

Menggunakan perkataan “tolong” bukan sekadar sopan santun, ia juga mengajar anak tentang keperluan bekerjasama dan saling membantu dalam kehidupan.

Anak belajar untuk tidak bersikap pentingkan diri dan sedar bahawa kita hidup dalam komuniti yang saling memerlukan.

2. Maaf (asas kematangan emosi dan tanggungjawab)

Perkataan “maaf” membantu anak mengenal pasti kesalahan mereka.

Dengan membiasakan anak meminta maaf, mereka belajar nilai tanggungjawab, keberanian mengakui kesilapan dan cara menyelesaikan konflik secara matang dan harmoni.

Baca juga: Anak Lelaki ‘Diratukan’ Potensi Alami Masalah Psikologi, Dewasa Nanti Beban Pada Orang Lain!

Baca juga: 12 Doa Mustajab Untuk Anak Tersayang, Senjata Terhebat Ibu Ayah Boleh Baca Di Hari Arafah

3. Terima kasih (tanam rasa syukur dan hormat)

Satu lagi asas penting dalam mendidik anak dari kecil ialah ajar mereka mengucapkan “terima kasih”.

Ini memupuk rasa penghargaan terhadap orang lain, tidak kira sebesar mana bantuan yang diterima. Ia juga membina keyakinan diri dan kemahiran sosial anak.

Pendidikan awal bermula di rumah

Pendidikan awal di rumah bukan sekadar ajar membaca dan menulis, tetapi membentuk akhlak dan nilai murni sejak usia kecil.

Mulakan dengan perkataan mudah dan lihat bagaimana ia membentuk anak menjadi insan yang lebih beradab dan penyayang.

Baca juga: Jangan Naik Angin Bila Anak Kecil Main Kemaluan Sendiri, Ini Masanya Mak Ayah Didik Tentang Seksual!

Sumber: Thread @cikgu_iz

FT Image: AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×