Seorang wanita menerusi laman Facebooknya ada berkongsi kisah mengenai sahabatnya yang sudah seminggu terlantar di hospital akibat jangkitan pada paru-paru berpunca daripada bakar sarang telur.
Menurut perkongsian tersebut, sahabatnya itu mengamalkan rutin membakar sarang telur setiap petang sebagai usaha untuk menghalau nyamuk yang sering mengganggu kawasan rumahnya.
Baca juga: Bermula 1 Julai, Semua Bank Akan Kenakan Cukai Perkhidmatan Sebanyak 8%
BAKAR SARANG TELUR, PUNCA KUMAN DALAM PARU-PARU?

Namun tanpa disedari, asap tebal daripada pembakaran itu telah memberi kesan buruk kepada kesihatan diri. Sahabatnya mula mengalami sakit dada yang semakin teruk, sebelum akhirnya mendapatkan rawatan di hospital.
Hasil pemeriksaan doktor mengesahkan bahawa jangkitan paru-paru dialami itu berpunca daripada bahan toksik yang dihidu daripada asap sarang telur terbakar.
Tadi saya berkesempatan melawat seorang sahabat yang telah seminggu terlantar di hospital. Apabila ditanya mengenai sakit yang dialaminya, dia memaklumkan bahawa dia menghidap jangkitan pada paru-paru. Namun begitu, saya tidaklah bertanya dengan terlalu mendalam.
“Menurut sahabat saya itu, penyakit yang dialaminya berpunca daripada tabiat membakar sarang telur setiap petang. Aktiviti tersebut dilakukan dengan tujuan untuk menghalau nyamuk.
“Akibat daripada amalan itu, dia mula mengalami sakit dada, dan setelah menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan bahawa punca utama kepada masalah kesihatannya adalah asap daripada pembakaran sarang telur tersebut.

“Katanya, kuman telah masuk ke dalam paru-paru melalui asap yang dihidu. Amat membimbangkan apabila mengetahui bahawa membakar sarang telur yang disangka berkesan untuk menghalau nyamuk, sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan.
“Nasib baik saya memperoleh maklumat ini lebih awal, kerana saya sendiri juga gemar membakar sarang telur disebabkan asapnya yang banyak,” jelasnya.
Wanita tersebut turut meluahkan rasa terkejut dengan punca penyakit berkenaan, lebih-lebih lagi kerana dia sendiri pernah mengamalkan cara yang sama di rumah.
Perkongsian itu kini menjadi peringatan kepada orang ramai agar lebih berhati-hati dengan amalan tradisional yang melibatkan pembakaran bahan yang tidak diketahui kandungannya.
Walaupun kelihatan berkesan untuk menghalau nyamuk, ia boleh mendatangkan risiko serius kepada sistem pernafasan.
Baca juga: Fenomena Blind Box Makin Tarik Minat Pembeli, Tapi Apa Hukum Sebenarnya?
Sumber: Facebook Yati Yati
