Selepas diumumkan bebas daripada semua pertuduhan di Mahkamah Rayuan pada Rabu, nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi menjadi perhatian hangat rakyat Malaysia. Beliau bukan sahaja dikenali dalam dunia politik, tetapi biodata Syed Saddiq yang kaya dengan pencapaian akademik dan reputasi antarabangsa sebagai pendebat turut menarik perhatian ramai.
Baca juga: Tengku Norhanis Melihat Guna Satu Mata Raih 4 Flat, Calon CBK STPM 2024 Terbaik Kelantan
BIODATA SYED SADDIQ

Gambar oleh Tatler Asia
Sebagai figura muda yang mencipta sejarah dalam arena politik Malaysia, setiap perkembangan mengenainya sentiasa mendapat tumpuan.
Namun, selain penglibatan aktif dalam politik, ramai yang mungkin belum mengetahui latar belakang dan pencapaian hebat beliau sejak zaman persekolahan lagi.
Baca juga: Lelaki OKU Penglihatan Rancang Percutian Sendiri, Rakam Bunyi Alam Untuk ‘Melihat’ Buat Ramai Kagum!
Dilahirkan pada tahun 1992 di Pulai, Johor Bahru, Johor, Syed Saddiq merupakan anak bongsu daripada empat beradik kepada pasangan Syed Abdul Rahman Syed Abdullah Al-Sagoff dan Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz.
Beliau memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Taman Perling, sebelum menyambung ke Maktab Sultan Abu Bakar (English College) dan kemudian melanjutkan pelajaran di Maktab Tentera Diraja (RMC).
Baca juga:
Pendidikan tinggi beliau diteruskan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam jurusan Sarjana Muda Undang-undang, sebelum diterima mengikuti program Lee Kuan Yew Senior Fellowship in Public Service di Universiti Nasional Singapura (NUS).
Semasa di UIAM, Syed Saddiq dikenali sebagai seorang pendebat yang lantang dan berani menyuarakan pendapat, yang akhirnya menjadikannya antara pendebat terbaik Asia. Beliau menerima pelbagai anugerah termasuk:
- Pendebat Terbaik Asia di United Asian Debating Championship (UADC)
- Pendebat Terbaik ESL di Kejohanan Debat Australia, Cambridge dan Oxford Inter-Varsities (2012-2014)
- Asia’s Best Speaker dalam Asian British Parliamentary (ABP) Debating Championship
Baca juga: Pasukan Orkestra MRSM Ulul Albab FELDA Trolak Raih Anugerah Emas, Satu-Satunya Wakil Asia!

Gambar Instagram Syed Saddiq
Pencapaian luar biasa ini meletakkan Syed Saddiq sebagai antara anak muda Malaysia yang berjaya mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.
Dalam satu perkongsian bersama media, beliau turut menekankan bahawa untuk berjaya dalam dunia debat, pelajar perlu menguasai kemahiran penyelidikan dan membaca berita dari pelbagai sumber termasuk media tempatan dan antarabangsa.
“Pelajar perlu ada tip dan strategi jika mahu menjadi pendebat terbaik.
“Selain perlu rajin mendapatkan fakta-fakta baharu di surat khabar tempatan dan portal dalam talian luar negara, pelajar juga wajib membuat persediaan awal.
“Pendebat juga harus melakukan kajian tentang sesuatu topik yang ingin dikupas. Ini kerana, debat bukan sekadar menjuarai pertandingan sebaliknya anda harus menjadikan debat sebahagian daripada hidup dan perlu berlatih setiap hari,” katanya.
Melalui kisah ini, jelas bahawa kejayaan Syed Saddiq bukan datang dalam sekelip mata, sebaliknya lahir daripada dedikasi, kerja keras dan semangat yang tinggi untuk membawa perubahan dan menginspirasi generasi muda.
Sumber: Sinar Bestari
