Dalam dunia politik yang kompleks dan penuh pancaroba, latar belakang pendidikan ahli politik Malaysia memainkan peranan penting dalam membentuk gaya kepimpinan, dasar yang dibawa, serta cara mereka berinteraksi dengan masyarakat.
Dari tokoh berprofil tinggi seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berkelulusan perubatan, hingga ke pemimpin muda seperti Syed Saddiq yang cemerlang dalam bidang undang-undang dan debat antarabangsa, sebenarnya banyak lagi landskap pendidikan ahli politik di negara ini ramai tak tahu.
Baca juga: Tersergam Indah Bak Istana, Ini 5 Rumah Pemimpin Malaysia Yang Mewah & Cantik!
TAHAP PENDIDIKAN 7 AHLI POLITIK MALAYSIA YANG POPULAR
Berikut merupakan sedikit latar belakang tahap pendidikan ahli politik yang popular dalam negara kita. Memang terbaik!
1. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

Pendidikan Sekolah Rendah & Menengah:
– Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar
– Sultan Abdul Hamid College (SAHC), Alor Setar (Sekolah elit yang juga melahirkan ramai tokoh termasuk Tunku Abdul Rahman)
Pendidikan Tertiari:
– King Edward VII College of Medicine, Singapura – (Dahulunya sebahagian daripada University of Malaya)
– Tamat pengajian Ijazah Perubatan (MBBS) pada tahun 1953
– Salah seorang pelajar Melayu pertama dari Malaysia yang menjadi doktor perubatan. Penerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dari universiti seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), dan lain-lain
2. Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim (Perdana Menteri Terkini)

Pendidikan Sekolah Rendah & Menengah:
– Sekolah Melayu Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam
– Malay College Kuala Kangsar (MCKK) (Sekolah berprestij yang melahirkan ramai pemimpin negara)
Pendidikan Tertiari:
– Universiti Malaya (UM)
– Graduan dalam bidang Kesusasteraan Melayu
– Aktif dalam pergerakan pelajar semasa di universiti – antara pemimpin pelajar paling lantang pada era 1970-an
3. Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yasin

Pendidikan Sekolah Rendah & Menengah:
– Sekolah Inggeris Maharani, Muar
– Muar High School, Muar, Johor
Pendidikan Tertiari:
– Universiti Malaya (UM)
– Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu
– Tamat pengajian sekitar tahun 1971
Selepas tamat pengajian, beliau menyertai perkhidmatan awam: Pernah berkhidmat di Kementerian Perdagangan dan Industri, dan kemudian dilantik sebagai Pengarah Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).
4. Dato’ Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak

Sekolah Rendah & Menengah:
– St. John’s Institution, Kuala Lumpur
– Malvern College, United Kingdom (Sekolah persendirian berprestij di UK)
Pendidikan Tertiari:
– University of Nottingham, United Kingdom
– Ijazah Sarjana Muda dalam Ekonomi Perindustrian (Industrial Economics)
– Tamat pengajian pada 1974
– Balik Malaysia lepas tamat belajar, dan terus menceburi dunia korporat—menjadi Timbalan Pengurus Eksekutif di Petronas.
5. Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang

Sekolah Rendah & Menengah:
– Sekolah Rendah Rusila, Terengganu (Sekolah agama yang diasaskan oleh ayah beliau, seorang tokoh agama tempatan)
– Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMASZA), Kuala Terengganu
– Kolej Islam Malaya, Klang, Selangor (Kini dikenali sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah – salah satu institusi pendidikan Islam yang berprestij)
Pendidikan Tinggi:
– Universiti Islam Madinah, Arab Saudi
– Menamatkan pengajian dalam bidang Syariah Islamiah
– Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir
– Menyambung pengajian di peringkat Ijazah Lanjutan (Sarjana) dalam bidang Siyasah Syar’iyyah (Politik Islam)
6. Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu (Mat Sabu)

Sekolah Rendah & Menengah:
– Sekolah di kampung halaman beliau di Pulau Pinang
– Menyambung pelajaran ke peringkat menengah di sekolah agama
Pendidikan Tinggi:
– ITM (Institut Teknologi MARA), sekarang dikenali sebagai UiTM
– Mengikuti pengajian dalam bidang Teknologi Makanan
– Tidak menamatkan pengajian – beliau keluar dari ITM selepas terlibat aktif dalam gerakan pelajar dan politik
7. Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman

Pendidikan:
– Sekolah Rendah & Menengah:
– Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah (MOZAC), Melaka (Sekolah Berasrama Penuh)
Pendidikan Tinggi:
– International Islamic University Malaysia (IIUM / UIAM)
– Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB)
Cemerlang dalam debat peringkat antarabangsa, termasuk:
– Asian British Parliamentary (ABP) Debating Championship
– United Asian Debating Championship (UADC)
– Pernah dianugerahkan sebagai Pendebat Asia Terbaik
– Menerima biasiswa Lee Kuan Yew untuk menyambung pengajian di National University of Singapore (NUS) tetapi menangguhkan untuk kekal dalam politik.
*Anda ‘team’ ahli politik yang mana satu?
Baca juga: Top 7 Kerjaya Paling Dapat Permintaan Tinggi Di Malaysia, Bidang Anda Tersenarai Tak?
Sumber: Illuminasi, Tiktok @nuqy_c
