Zaman sekarang, rindu dihantar dalam bentuk mesej kerana dianggap cepat, ringkas dan penuh emoji. Tapi suatu ketika dahulu, rindu itu dilakar dengan pena, dititip dalam surat cinta, dan dihantar bersama doa agar selamat sampai ke tangan yang dirindui.
Baru-baru ini, kisah seorang wanita yang berkongsi koleksi surat cinta arwah ayahnya kepada ibu tercinta telah menyentuh hati ribuan netizen. Deretan surat tulisan tangan yang indah disimpan rapi itu bukan sekadar helaian kertas, tetapi bukti cinta sejati yang tidak lapuk dek masa.
Baca juga: 10 Kerabat Diraja Yang Kahwin Dengan Rakyat Biasa, Demi Cinta Lautan Api Sanggup Diredahi!
SURAT CINTA UNTUK HARA, UNGKAPAN RINDU TULISAN TANGAN BUAT RAMAI ‘BLUSHING’!

Menurut perkongsian dalam laman media sosial Tiktok milik @azlynothman, dia menyatakan bahawa bukan satu dua surat, tetapi berhelai-helai surat penuh luahan rasa, tersimpan rapi bagai khazanah. Ternyata, ayah yang kelihatan garang bak singa di luaran rupa-rupanya di dalam hati penuh taman bunga!
Rata-rata netizen yang membacanya berasa seolah-olah membaca babak novel cinta zaman dulu. Hal ini kerana, ayat yang diluahkan ke atas kertas ternyata jujur, indah dan penuh makna. Malah, ada yang mengaku tersipu-sipu sendiri membaca bait-bait ayat yang penuh kelembutan dan kasih.
Memang sudah dijangka, ruangan komen pun dibanjiri dengan cerita-cerita nostalgia. Ramai berkongsi kisah cinta ibu bapa mereka yang pernah terpisah jauh, tapi tetap setia melalui helaian kertas dan pen.

“Mak ayah saya bercinta jarak jauh dari Malaysia ke London. Tiga tahun berpisah. Tapi surat-surat mereka, setiap ayat buat saya tersenyum. Semoga saya juga dikurniakan cinta seindah itu…” netizen.
“Abah saya dulu nampak garang, tapi bila mak tunjuk surat-surat lama dia… Masya-Allah, lembutnya ayat, romantik sangat. Rupanya dalam hati dia memang ada tama,”- netizen.
*Romantis sangat!
Baca juga: Dah Bosan Panggil Suami ‘Sayang’? Ini Nama Panggilan Manja Dalam 10 Bahasa Bikin Hati Cair!
Sumber: Tiktok @azlynothman
