Seorang jururawat berkongsi pengalaman menguruskan ibu hamil berusia 27 tahun, Puan Nur Aisyah, yang datang ke hospital dalam keadaan pucat, kaki bengkak, tekanan darah sangat tinggi (210/115) dan sedang hamil 8 bulan.
Walaupun tubuhnya lemah, dia masih mampu tersenyum dan berkata ingin menunggu suaminya tiba. Namun ketika doktor memeriksa jantung bayi, tiada degupan atau pergerakan dan disahkan sudah meninggal dunia.
IBU HAMIL 8 BULAN MENINGGAL DALAM KEADAAN SENYUM

Freepik
“Dia datang dengan muka pucat, tangan sejuk dan kaki bengkak sampai tak boleh pakai selipar tetapi masih tersenyum. Bila doktor check jantung bayi, tak ada bunyi, gerakan dan denyutan.
“Bilik bersalin jadi sunyi. Doktor tarik nafas panjang dan memaklumkan bayi sudah tiada namun dia masih tersenyum dan menyatakan dia reda asalkan dirinya masih hidup,” jelas jururawat berkenaan.
Beberapa minit selepas itu, Aisyah rebah secara tiba-tiba. Pasukan perubatan segera melakukan CPR, namun gagal menyelamatkannya. Dia disahkan meninggal dunia dalam senyuman dan belum sempat bertemu suaminya.
Ketika suaminya tiba, dia menjerit dan merangkul tubuh isteri sambil menangis kerana tidak menyangka ‘derita’ yang dialami si isteri seteruk ini.
“Suara dia pecah satu hospital. Saya sendiri tak mampu tenangkan dia. Dia peluk mayat isteri, cium dahi isteri berkali-kali sambil ulang satu ayat “Maafkan saya sayang… saya tak tahu awak sakit seteruk ni,” ujarnya.

Freepik
Jururawat itu turut berkongsi bahawa ramai ibu hamil memendam rasa sakit seperti pening, sesak nafas, jantung laju dan bengkak kaki kerana menganggap ia perkara biasa atau takut menyusahkan suami.
Namun, gejala seperti ini boleh menjadi tanda awal masalah serius seperti pre-eclampsia, darah beku atau pulmonary embolism yang boleh meragut nyawa secara tiba-tiba.
Buat para suami dan keluarga di luar sana, jika ibu hamil mengadu sakit atau keletihan jangan abaikan. Segera bawa ke klinik atau hospital berhampiran kerana nyawa penting daripada apa jua urusan lain.
Baca juga: Akibat Kecuaian Doktor, Jari Cucu Rosyam Nor Alami Cacat Kekal, “Boleh Tak Saya Nak Saman…”
Sumber: Facebook
