Euforia Bola 2026
Asuh

Sekolah Tadika Ini Dedah Anak 2 Tahun Dengan Aktiviti Kehidupan Sebenar, Siap Masak & Jahit!

AKTIVITI KANAK KANAK

Sebuah sekolah tadika mendapat perhatian ramai, apabila aktiviti kanak kanak usia 2 tahun melibatkan rutin kehidupan seharian seperti memasak, menjahit dan menyediakan jus.

Rakaman video aktiviti kanak-kanak yang dimuat naik oleh seorang wanita dikenali sebagai Molly Teacher di media sosial menampilkan pendekatan unik dalam pendidikan awal yang diamalkan di tadika tersebut.

Baca juga: Aaron Aziz Bagi Tips Perkahwinan Kekal Bahagia Selama 22 Tahun, No.3 Kena Elak Bila Bergaduh!

AKTIVITI KANAK KANAK 2 TAHUN INI TARIK PERHATIAN, DAH PANDAI MASAK

AKTIVITI KANAK KANAK

Dalam video tersebut, kelihatan beberapa kanak-kanak sedang menjalani aktiviti harian yang menyeronokkan dan bermanfaat seperti ada yang tekun menjahit, ada yang sibuk menghancurkan biskut dan ada juga yang melakukan pelbagai aktiviti lain yang berkait rapat dengan kehidupan seharian.

Pendekatan ini bukan sahaja menggalakkan pembelajaran secara praktikal, malah membantu anak-anak kecil membina kemahiran asas sejak usia awal dalam suasana yang santai dan menyeronokkan.

“Aktiviti untuk kanak-kanak kami yang berumur 2 hingga 3 tahun. Pada usia ini, si kecil ibarat penjelajah comel yang meneroka dunia melalui sentuhan tangan, pandangan mata dan senyuman yang tidak pernah lekang,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Video berkenaan turut mendapat perhatian daripada seorang bekas guru tadika yang kagum melihat cara didikan cikgu di tadika berkenaan.

AKTIVITI KANAK KANAK

“Sebagai bekas guru tadika, saya rasa aktiviti-aktiviti yang dijalankan ini jauh lebih hebat berbanding apa yang kami lakukan. Saya benar-benar berharap kita boleh belajar daripada pendekatan mereka dan mempertingkatkan sistem kita.

“Kanak-kanak berumur lima tahun sebenarnya mampu lakukan lebih banyak daripada apa yang biasanya disediakan dalam program tadika. Apa yang dilakukan oleh anak-anak ini jelas menunjukkan potensi yang lebih luas yang boleh diteroka,” komennya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut teruja melihat aktiviti kanak kanak usia 2 tahun itu.

Baca juga: Dendam & Sakit Hati Dengan Pengasuh, Lelaki Ini Bun*h Anak Jagaan Pengasuh Usia 1 Tahun!

Sumber: Instagram Molly Teacher

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×