Topik herpes hangat diperkatakan selepas usahawan Kieda Crepe mendedahkan dia sedang mendapatkan rawatan akibat jangkitan virus itu. Ramai mungkin tak tahu, jangkitan herpes bukan hanya berlaku pada orang dewasa, tetapi juga boleh menjangkiti bayi dan memberi kesan serius.
Ramai ibu bapa mungkin tidak menyangka bahawa jangkitan herpes pada bayi baru lahir boleh membawa komplikasi serius. Bayi yang baru dilahirkan sangat mudah terdedah, terutamanya dalam 4 minggu pertama selepas kelahiran kerana sistem imun mereka masih belum cukup kuat untuk melawan jangkitan.
Baca juga: Tragedi Bayi Lemas Di Bawah Lengan Ayah, Ini 6 Tips ‘Simple’ Tapi Selamatkan Nyawa Anak Anda
JANGKITAN HERPES PADA BAYI BARU LAHIR

Gambar hiasan: AI
Melalui laporan National Health Service (NHS), jangkitan herpes yang berlaku pada bayi baru lahir dikenali sebagai Herpes Neonatal. Walaupun herpes biasanya tak begitu membimbangkan bagi orang dewasa, situasinya sangat berbeza untuk bayi.
Perkara ini disebabkan, bayi yang baru lahir sangat terdedah dan mudah dijangkiti serta boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Malah, boleh mengancam nyawa.
Bagaimana bayi boleh dijangkiti herpes?
1. Semasa kehamilan atau bersalin
Kalau ibu dijangkiti herpes genital buat pertama kali dalam 6 minggu terakhir kehamilan, bayi ada risiko tinggi untuk dijangkiti semasa proses kelahiran (terutamanya jika bersalin secara normal).
Risiko ini lebih rendah jika ibu memang pernah ada herpes genital sebelum ini, kerana antibodi badan ibu mungkin dapat beri perlindungan kepada bayi.
2. Selepas kelahiran
Lepas lahir pun masih ada risiko. Herpes boleh berjangkit kepada bayi kalau seseorang yang ada cold sore (luka di mulut akibat herpes) mencium bayi.
Selain itu, virus herpes juga boleh tersebar kalau ada lepuh di payudara dan bayi menyusu daripada payudara yang dijangkiti, atau jika ibu pam susu dari payudara yang ada lepuh dan beri pada bayi.
Sebab itu, sangat penting untuk tidak mencium bayi jika anda ada cold sore, walaupun ia kelihatan kecil atau hampir sembuh. Luka herpes sangat mudah berjangkit ketika ia pecah, dan masih berisiko tinggi sampai ia betul-betul sembuh sepenuhnya.
Baca juga: 3 Perkataan Simple Tapi Power Didik Anak Jadi Manusia Berguna, Kena Mula Dari Sekarang!
Serius ke jangkitan herpes pada bayi?

Gambar hiasan: Getty Images
Ya, sangat serius.
Dalam kes yang ringan, herpes mungkin cuma beri kesan pada kulit, mulut atau mata bayi. Kalau dirawat awal dengan ubat antivirus, kebanyakan bayi boleh pulih sepenuhnya.
Tapi kalau virus herpes merebak ke organ dalaman bayi seperti otak, hati atau paru-paru, ia boleh jadi sangat berbahaya. Dalam banyak kes, walaupun dirawat, bayi masih boleh meninggal dunia. Kalau tak dirawat segera, risikonya lebih tinggi lagi.
Baca juga: “Eh, Bayi Ini Asyik Renung Muka Aku Je…” Bukan Sebab Si Comel Rasa Anda Lawa, Rupa-Rupanya…
Sumber: National Health Service (NHS)
FT Image: AI
