Euforia Bola 2026
Nur

Ikhtiar Elak Penyakit Ain Untuk Perniagaan & Diri Sendiri, Bila Dah ‘Terkena’ Memang Sakit!

ikhtiar elak penyakit ain

Ikhtiar elak penyakit ain merupakan satu usaha penting dalam menjaga kesihatan rohani dan kesejahteraan hidup secara menyeluruh.

Penyakit ain yang berpunca daripada pandangan hasad dengki atau kekaguman melampau, boleh memberi kesan buruk terhadap diri sendiri tanpa disedari.

Baca juga: Kes Kematian Pertama Covid-19 Tahun Ini Libatkan Individu Tanpa Dos Penggalak Kedua – KKM

IKHTIAR ELAK PENYAKIT AIN UNTUK DIRI, RUMAH TANGGA DAN BISNES

Saya sendiri pada awalnya malas nak kongsi, tapi bila tengok ramai baru sedar, rasa terpanggil untuk berkongsi ikhtiar untuk sembuh penyakit ain ini. Saya dah amalkan ini sendiri dan insyaAllah berkesan. Sila simpan dan kongsikan jika bermanfaat. Ingat, dalam hidup ini, ramai yang lebih suka lihat kita jatuh daripada berjaya.

1. Amalkan Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas

Ini kerana ketika Nabi Muhammad SAW terkena sihir, Baginda mengamalkan dua surah ini. Para ulama menamakannya sebagai Zikir Mu’awwidzatain.

ikhtiar elak penyakit ain

2. Doa perlindungan dari segala bahaya

ikhtiar elak penyakit ain

ikhtiar elak penyakit ain 3. Bila orang puji, jawab macam ini

Apabila dipuji, biasakan menyebut:

“Hadza min fadhli Rabbi” (Ini adalah kurniaan daripada Tuhanku) atau “Alhamdulillah” terlebih dahulu.

Malah, jika ingin memuji diri sendiri sekalipun, mulakan dengan pujian kepada Allah.

4. Mulakan hidup secara private – tak semua perkara perlu didedahkan

Jalani kehidupan seperti manusia biasa, bukan semua benda perlu dihebohkan.

5. Jangan tinggalkan al-Quran, walaupun hanya sehelai sehari

Jika mampu, amalkan juga Surah Al-Mulk dan Surah Al-Kahfi. Jangan lupa!

6. Mandi setiap hari menggunakan sabun bidara

Tak kisah jenama apa, asalkan mengandungi ekstrak daun bidara. Daun bidara atau sidr adalah antara tumbuhan yang disebut dalam syurga dan diketahui ditakuti oleh jin.

Biasanya mereka yang terkena penyakit ain akan hilang seri walaupun dah guna pelbagai produk penjagaan kulit. Boleh juga campurkan daun bidara dengan mandian bunga, banyak dijual di pasaran.

Sebelum mandi, baca Bismillah dan selawat, kemudian mandi seperti biasa, mulakan dari sebelah kanan.

7. Hidup secara sederhana dan perlahan-lahan ubah gaya hidup

Tak perlu terlalu menunjuk-nunjuk kemewahan, kejayaan atau kebahagiaan. Jalani hidup biasa sahaja.

Diharapkan perkongsian ikhtiar elak penyakit ain ini memberi manfaat buat anda semua dan sentiasa di bawah lindunganNya.

Baca juga: Universiti Malaya (UM) Cipta Sejarah, Kini Di Tangga Ke-58 Dunia Dalam QS Rankings 2026!

Sumber: Facebook Sarah Medina

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×