Mulai 1 Julai 2025, rakyat Malaysia akan menikmati struktur tarif elektrik baharu yang lebih adil dan mampu milik. Suruhanjaya Tenaga (ST) memperkenalkan pelarasan ini bagi mengurangkan beban kos pengguna dan menggalakkan penggunaan tenaga secara cekap, dengan penjimatan sehingga 19% berbanding tempoh sebelumnya.
Masih tak faham dan panik? Berikut merupakan beberapa maklumat yang anda perlu tahu supaya lebih tenang…
Baca juga: Senarai 30+ Jenis Ikan & Buah Kena SST 5% Bermula 1 Julai, Epal & Ikan Kembung Pun Jadi ‘Mewah’!
Apa Maksud Tarif Elektrik Baharu?

Foto hiasan.
Tarif elektrik baharu disusun di bawah kerangka Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR), dengan kadar purata asas diselaraskan kepada 45.40 sen/kWj. Pelarasan ini memberi kelebihan kepada pengguna yang menggunakan tenaga secara cekap.
Siapa Akan Dapat Manfaat?
– Pengguna domestik (rumah) bawah 1,000 kWj tidak terkesan – kadar kekal stabil.
– Pengguna voltan rendah (komersial kecil) bawah 200 kWj turut nikmati insentif.
– Golongan berpendapatan rendah, institusi agama dan pendidikan akan terima rebat khas.
Cara Jimat Lebih Banyak: Guna Tenaga di Luar Waktu Puncak
Skim Masa Penggunaan (TOU) menggalakkan penggunaan elektrik di luar waktu puncak:
– Sabtu & Ahad: Sepanjang hari
– Isnin–Jumaat: 10 malam – 2 petang
– Contohnya, guna mesin basuh atau pengecas berkuasa tinggi pada waktu ini untuk bil lebih rendah.
Bil Baharu Lebih Mudah Difahami

Foto hiasan.
Pengguna juga akan terima bil elektrik dalam format baharu yang terperinci (itemised) dengan menunjukkan penggunaan sebenar, kadar tarif dan pecahan caj lain, bagi membantu pengguna merancang penggunaan tenaga secara bijak.
Untuk info penuh mengenai tarif baharu dan kiraan anggaran bil, layari portal rasmi di www.mytnb.com.my/tariff. Portal ini juga menyediakan kalkulator bil elektrik bulanan bagi membantu pengguna merancang penggunaan tenaga dengan lebih bijak.
Sebarang pertanyaan boleh disalurkan ke:
– TNB CareLine: 1-300-88-5454
– Emel: [email protected]
– Atau menerusi platform rasmi TNB yang lain.
*Langkah ini menunjukkan komitmen ST dan TNB dalam membantu rakyat mengurus tenaga secara cekap dan berhemat. Guna dengan bijak kalau tak mahu harga bil ‘melambung’!
Baca juga: Senarai Barang & Jenama Keperluan Asas Boleh Beli Guna Bantuan MyKasih 2025, Banyak Pilihan!
Sumber: MySumber, Tiktok @financialfaiz
