Euforia Bola 2026
Didik

Detik Penentu! Keputusan STPM 2024 Diumumkan 24 Jun, Ini Dua Cara Buat Semakan

keputusan stpm

Berita mendebarkan apabila Keputusan STPM atau periksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia bagi Semester 3 Tahun 2024 akan diumumkan pada Selasa, 24 Jun 2025, demikian menurut kenyataan rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Jadi, kepada calon daripada sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, swasta, serta calon persendirian individu, anda boleh membuat semakan keputusan mulai jam 11.30 pagi pada hari berkenaan iaitu 24 Jun 2025. Macam mana nak semak?

Baca juga: 7 Kelebihan Tingkatan 6 Yang Boleh Jadi Jalan Pintas Masuk Universiti, Jangan Pandang ‘Rendah’!

CARA SEMAK KEPUTUSAN STPM 2024, ADA DUA KAEDAH

keputusan stpm

Foto hiasan: Majoriti

MPM memaklumkan bahawa calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan melalui dua kaedah berikut:

1. Semakan Dalam Talian

Calon hanya perlu melayari laman berikut:

https://stpm.mpm.edu.my/stpmK atau melalui portal rasmi MPM: https://www.mpm.edu.my/stpm-online/semakan-keputusan-stpm

Masukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran, kemudian klik butang HANTAR untuk melihat keputusan anda.

2. Semakan Melalui SMS

Taip:

STPM (jarak) No. KP (jarak) Angka Giliran dan hantar kepada 15888.

Sistem ini akan diaktifkan mulai 24 Jun 2025 (Selasa), mulai jam 11 pagi. Sebarang pertanyaan, sila e-mel ke [email protected]

Permohonan Rayuan Semak Semula

keputusan stpm

Foto hiasan: Mstar

Kepada calon peperiksaan yang ingin membuat rayuan semak semula keputusan boleh berbuat demikian secara dalam talian dengan bayaran RM50.00 bagi setiap kertas. Keputusan semakan semula akan dikeluarkan dalam tempoh 15 hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan.

Permohonan boleh dibuat melalui pautan: https://mecea.mpm.edu.my/SS_STPM/

*Semoga berjaya! Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan menerusi e-mel ke: [email protected]

Baca juga: Ini Senarai Ranking Sekolah Yang ‘Top’ SPM 2024 Untuk SBP & MRSM, Tahniah Buat Semua!

Sumber: Majlis Peperiksaan Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×