Euforia Bola 2026
Famili

Bas, Penghadang Jalan & Mesej ‘Mati’, Tiga Lukisan Arwah Mustaqim Sebelum Tragedi Seolah Petanda

NAHAS BAS

Nahas bas yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), termasuk Muhammad Mustaqim Rosde,21, telah menarik perhatian ramai pihak.

Hal ini kerana tiga keping lukisannya seolah-olah mempunyai kaitan dengan kejadian yang berlaku di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Tasik Banding, Gerik, Perak, pada 9 Jun lalu.

Baca juga: Wanita Simpan Impian Bersanding Pakai Songket, Tapi Lepas 10 Tahun Suami ‘Tunaikan’ Dengan Orang Lain!

NAHAS BAS: LUKISAN PENGHADANG JALAN, BAS & MESEJ MATI KARYA MUSTAQIM

NAHAS BAS

Kredit: Sinar Harian

Ibunya, Juariah Abd Rahman, 48, berkata pada mulanya dia tidak menyedari maksud di sebalik lukisan tersebut. Namun, setelah ketiga-tiga lukisan itu disusun, ia seperti menggambarkan sebuah bas, laluan jalan raya dengan penghadang, serta mengenai kematian yang semuanya seolah-olah membentuk satu gambaran berkaitan.

Menurutnya, dia sendiri tidak tahu bila semua lukisan itu dilukis kerana arwah tidak pernah menunjukkan hasil tersebut kepada mereka sebelum ini.

“Sebelum ini lebih daripada 100 keping koleksi lukisan disimpan dalam satu fail dan kami hanya buka selepas dia meninggal dunia. Dia memang minat melukis sejak di zaman sekolah dan mengambil jurusan seni di UPSI,” jelasnya.

Sementara itu, bapa mangsa, Rosde Yaakub, 58, memaklumkan bahawa salah seorang saudara mereka pernah bermimpi melihat Mustaqim memegang sebuah lukisan.

“Dia meminta izin daripada saya untuk menyimpan salah satu lukisan arwah sebagai kenang-kenangan. Setakat ini hanya tiga lukisan kami beri kepada orang termasuk dua keping kepada sahabat rapat arwah,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, bersama isteri, Toh Puan Seri Tuan Faezah Tuan Abd Rahman, turut meluangkan masa menziarahi keluarga mangsa serta melihat koleksi lukisan arwah.

Ahmad Samsuri berkata, pihaknya telah selesai menziarahi kesemua 15 keluarga pelajar UPSI yang terkorban dalam tragedi nahas bas di Gerik, Perak, minggu lalu.

Baca juga: Insiden Tular Di Sekolah Bukan Kes Buli, JPNT Sahkan Murid Cedera Kerana Salah Faham

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×